Kampus & Pendidikan 12 Mar, 2024

Selesai sudah! 25 pelajar Indonesia tamat latihan industri di KUIPs! Ada peluang sambung belajar!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this

Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli bergambar kenangan dengan pelajar yang menamatkan latihan industri di KUIPs.

Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil.

Seramai 25 pelajar mobiliti dari Indonesia menamatkan latihan Industri mereka di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). 

Kesemua pelajar ini terdiri daripada Institut Agama Islam Diniyyah Pekan Baru, Institut Sains Al-Quran Syekh Ibrahim dan Sekolah Tinggi Agama Habbulwathan Duri Riau di Indonesia.

Timbalan Rektor Akademik KUIPs, Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil.


Antara pelajar yang menamatkan latihan industri selama 14 hari.

Terdahulu dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menjalani latihan industri di KUIPs.

“Pastinya pengalaman manis sepanjang 14 hari di kampus ini akan mengamit mereka atau rakan-rakan untuk menyambung pengajian di sini (KUIPs) nanti,” ujar beliau lagi.

Sepanjang di KUIPs mereka berpeluang untuk menjalani latihan di Jabatan Hal Ehwal Akademik, Pusat Islam, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalah dan Kewangan Islam, Fakulti Quran dan Sunnah, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Pengajian Asasi, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. - KitaReporters/KUIPs


Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli (tengah) menyampaikan cenderamata kepada pegawai daripada sebuah institusi yang mengambil bahagian.

 

 

14
14
0
16
0
You will be interested