Kampus & Pendidikan 26 Aug, 2024

Syabas Tabuh Pendeta! Kumpulan dikir barat USIM muncul naib johan Dikir Barat Piala Datuk Bandar KL!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Kumpulan dikir barat Tabuh Pendeta Kelab Pengurusan dan Persembahan Seni, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan Dikir Barat Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Pertandingan tersebut diadakan di Taman Tasik Danau Kota Kuala Lumpur pada 28 Julai 2024 baru-baru ini dengan menyaksikan 10 kumpulan yang bertanding pada peringkat saringan dan empat kumpulan telah terpilih ke peringkat akhir.

Kumpulan Tabuh Pendeta yang diwakili 20 orang ahli menggabungkan pelajar dan alumni USIM. 

Dengan tema penganjuran Sayangi Kuala Lumpur, Tabuh pendeta telah berupaya mempersembah persembahan yang unik dan terisi dengan karangan pantun menceritakan tentang keindahan Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dan sering dikunjungi dan dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara seluruh dunia.



Menurut ketua kumpulan Muhammad Haziq Muhammad Fadzil berkata, “latihan yang dijalankan mengambil masa agak singkat dan pengumpulan kesemua ahli tidak dapat diadakan selalu disebabkan kalangan kami ada yang telah bekerja, namun itu bukan penghalang untuk kami berlatih bersungguh-sungguh”.

Dalam pada itu, Tabuh Pendeta turut merangkul Anugerah Pemuzik Terbaik. 

Juara pertandingan dimiliki kumpulan Warisan Seri Samudera dengan merangkul trofi dan berserta wang tunai RM5,000, manakala Sari Adi Ratna mendapat tempat ketiga dengan memenangi wang tunai sejumlah RM2,000 berserta trofi.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh dan turut hadir menyaksikan acara tersebut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, penggiat seni dikir barat tanah air. 

Pertandingan akhir pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan oleh Din Manjo, Eda Ezrin, Mek Yun, kumpulan Arjunasukma dan ramai lagi. - KitaReporters/USIM


5
20
0
11
0
You will be interested