Buat julung kalinya, Putra International Centre (i-Putra), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama EZQurban Sdn. Bhd. menjalankan Program Ibadah Korban i-Putra 1443H di UPM.
Kira-kira 1,200 pek bungkusan daging korban diedarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa dan komuniti setempat.
Pengarah i-Putra UPM, Prof. Dr. Suhaimi Ab Rahman berkata, tujuan utama program itu adalah untuk merapatkan i-Putra bersama pelajar antarabangsa di UPM serta berharap pelajar mendapat pengalaman bagaimana masyarakat Islam di Malaysia menjalankan ibadah korban.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat korban
“Kami dapati pelajar antarabangsa sangat teruja dan bangga kerana mereka telah diberi peluang untuk bersama-sama keluarga i-Putra untuk menjalankan aktiviti korban dan kita mahu merapatkan jurang antara i-Putra UPM dengan komuniti antarabangsa,” katanya.
Pelajar antarabangsa UPM adalah terdiri dari negara di Timur Tengah, Nigeria dan Asia.
Selain itu, program tersebut disertai 20 staf i-Putra serta beberapa staf Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta lima wakil Angkatan Tentera Malaysia dan juga pelajar antarabangsa UPM. - KitaReporters
Tags: