Kolej Universiti 28 Jun, 2022

Video| Keluarga Malaysia mahu Anak Malaysia Sihat! UPM dan KKM perkenal inisiatif program media!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this



Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk program media #AnakMalaysiaSihat untuk memperkenalkan inisiatif media serta pengukuhan komitmen, dalam menangani masalah pertumbuhan dan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata program media itu akan menjadi platform bagi menyediakan beg kandungan media dengan mengumpulkan maklumat kesihatan, makanan, penyediaan makanan dan pengurusan kewangan keluarga sepanjang 1,000 hari pertama kehidupan.

Tentunya program Anak Malaysia Sihat UPM ini sejajar dengan matlamat aspirasi Keluarga Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan




Tambah Khairy, satu laman web rasmi #AnakMalaysiaSihat serta platform sosial media dalam Facebook, YouTube, Instagram dan Twitter telah siap dibangunkan untuk capaian orang awam mengenai maklumat pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan. 

Pengukuhan konsep #AnakMalaysiaSihat akan diteruskan dengan program bentuk realiti TV iaitu dokudrama dengan 13 episod rancangan televisyen yang akan disiarkan oleh TV AlHijrah.



Bercakap pada majlis pelancaran inisiatif media pada Isnin, 27 Jun 2002 ini, Ketua projek Kempen Media #AnakMalaysiaSihat diketuai Pensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Dr. Rosmiza Bidin yang dibantu oleh wakil dari Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM; Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM; Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM; dan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM.

Sementara itu, Kelab #AnakMalaysiaSihat yang akan dianggotai pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia telah ditubuhkan.  

Ahli kelab tersebut akan dilatih oleh pakar dan akan meneruskan agenda media komunikasi #AnakMalaysiaSihat pada masa akan datang. - KitaReporters


 

7
12
0
12
0
You will be interested