Kampus & Pendidikan 30 Apr, 2022

Keluarga Malaysia galakkan berinfak, bersedekah! Festival Ramadan pupuk warga UMT sifat cakna!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


FESTIVAL Ramadan anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) satu lagi usaha pihak penganjur menghidupkan suasana sambutan bulan mulia dengan memberi fokus kepada program berbentuk kerohanian dan amalan bersedekah.

Program tahunan kali ke-10 yang berlangsung pada tahun 2022 ini  juga sebahagian usaha penganjur untuk menggalakkan warga UMT dengan memupuk sifat cakna masyarakat dengan kutipan dan sumbangan dalam kalangan tenaga akademik serta pelajar-pelajarnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bersedekah

Pelajar UMT beratur untuk mengambil makanan berbuka puasa sempena program Festival Ramadan 


Timbalan Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Faizah Ismail berkata, menerusi program itu pada awal penganjur pihaknya hanya berjaya mengumpul RM9,500 pada tahun pertama penganjuran dan meningkat kepada RM154,000 pada tahun 2022 ini iaitu jumlah tertinggi berjaya dikutip dalam tempoh 10 tahun.

Menurutnya, program berbentuk untuk beramal dan bersedekah pada bulan Ramadan, bertujuan mengumpul dana untuk keperluan iftar antara 300 hingga 500 orang asnaf pelajar pada setiap hari di Masjid UMT.


Festival Ramadan memberi peluang kepada pelajar UMT mendapat bekalan makanan berbuka puasa secara percuma


Bagaimanapun pada tahun 2022 ini ia telah meningkat kepada 800 hidangan iftar sehari berjumlah 20,000 hidangan sepanjang Ramadan.

“Sempena sedekad sambutan Festival Ramadhan 1443H, UMT mencipta kelainan melalui kempen Selamatkan Bumi dengan membawa bekas makanan sendiri bagi mengambil juadah iftar yang disediakan,” katanya.


Pelbagai jenis juadah makanan disediakan sempena Festival Ramadan UMT


Katanya,  kempen tersebut  adalah untuk mengurangkan penggunaan plastik bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa penggunaan plastik akan membawa kepada kemusnahan ekosistem alam. Ini kerana plastik terbukti telah mengancam hidupan marin seperti penyu yang semakin pupus di perairan terengganu. 

Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar terhadap kempen ini telah memberikan impak positif dengan kos penjimatan pembelian bekas makanan plastik dianggarkan berjumlah RM20,000.


Pelajar-pelajar beratur untuk mendapatkan makanan


Selain itu, katanya,  tenaga kerja pembersihan juga dapat dijimatkan. Tiada longgokan sampah dari bekas plastik dan juga tiada pembaziran makanan kerana pelajar mengambil makanan berdasarkan jumlah yang diperlukan sahaja.

Katanya, dengan peningkatan jumlah pelajar yang hadir ke masjid untuk mendapatkan juadah iftar, jumlah 800 sehari adalah tidak mencukupi dan ramai pelajar pulang dengan tangan kosong. 


Suasana meriah ketika menunggu waktu untuk mendapatkan makanan berbuka puasa


Justeru, katanya, pada tahun ini PISM mengambil inisiatif mengadakan kempen Infaq Ramadan Serendah RM7 melalui potongan gaji kepada warga kerja UMT.

Faizah berkata, kempen ini mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 100 orang staf bersetuju membuat potongan setelah seminggu dilancarkan. 

Diharap dengan kempen ini, kutipan sumbangan bertambah dan dapat menampung keperluan iftar lebih ramai pelajar pada tahun hadapan. - KitaReporters


Rezeki Ramadan untuk pelajar UMT

 

 

9
11
0
7
0
You will be interested