Kampus & Pendidikan 31 Oct, 2023

KUIPs anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hadis! Sempena istiadat konvokesyen ke-6! 4 Nov 2023!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this



Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kali ke-6 pada 4 November 2023 ini akan menyaksikan seorang penerima dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Hadis.

Rektor KUIPs, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle dalam Sidang Media Khas Konvokesyen KUIPs di Kompleks KUIPs, Kuala Perlis berkata, istiadat penganugerahan ini akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor KUIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Dr Muhamad Rozaimi Ramle semasa Sidang Media Khas Konvokesyen KUIPs.


Katanya, seramai 275 graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bakal diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Kali Ke-6 yang akan berlangsung di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh.

“Istiadat kali ini juga menyaksikan graduan dari tiga fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam serta Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan bakal menerima Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing,” sambung beliau.


Dr Muhamad Rozaimi (tengah) pada Sidang Media Khas Konvokesyen KUIPs di Kompleks KUIPs, Kuala Perlis.


Sempena konvokesyen ini juga beberapa anugerah kecemerlangan merangkumi anugerah canselor, anugerah rektor, anugerah khas kokurikulum, anugerah khas graduan terbaik kokurikulum dan juga anugerah graduan terbaik diploma akan disampaikan.

Beliau menambah sehingga kini, seramai 1,277 pelajar sedang mengikuti pengajian di KUIPs termasuk pelajar dari 15 buah negara lain.

Setiap tahun, KUIPs menawarkan sejumlah 450 biasiswa kepada pelajar yang layak iaitu 300 kepada pelajar dalam negara, manakala 150 lagi untuk pelajar antarabangsa, dengan kebolehpasaran graduan kini melebihi 83 peratus. - KitaReporters


Gambar hiasan... Pastinya graduan KUIPs tidak sabar menunggu hari konvokesyen mereka.

12
8
0
11
0
You will be interested