Kampus & Pendidikan 29 Apr, 2023

Pemerkasaan mahasiswa! MPPUSM sambut baik saranan Menteri! Lebih kebebasan kepada gerakan pelajar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh MOHAMAD ABDULLAH


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) menyambut baik saranan Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin untuk memperkasa mahasiswa di universiti.

Hal ini telah dibawa sebagai usul dalam Dewan Perundingan Pelajar (DPP) sebagai Parlimen Mahasiswa USM yang bersidang baru-baru ini. 

Yang Dipertua MPPUSM yang menjadi ahli DPP, Afirul Idris Ayub Khan, ketika membahaskan usul berkait pemerkasaan mahasiswa berkata, fokus ke-11 dalam amanat Menteri Pendidikan Tinggi Tahun 2023 itu perlu diterjemahkan dengan tindakan yang bersesuaian pada peringkat kampus.   


Afirul Idris Ayub Khan membahaskan usul pemerkasaan mahasiswa pada peringkat IPT perlu disegerakan.


“Secara asasnya, pemerkasaan mahasiswa mesti dilihat dalam konteks yang lebih besar iaitu dengan memberi lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan kepada mahasiswa, sesuai dengan hasrat memberikan lebih lagi kebebasan kepada gerakan kesatuan pelajar atau student union,” katanya lagi. 

Afirul Idris yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan (GAJ) telah membawa dua usul yang berkait rapat ke arah pemerkasaan mahasiswa secara sepenuhnya. 

Perkara pertama yang dibahaskan adalah berkenaan pindaan peruntukan dalam tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mewajibkan mahasiswa USM untuk bertanding di bawah kapasiti individu dan menghalang mahasiswa bertanding secara berkumpulan. 

Menurut Afirul Idris, peruntukan dalam tatacara pemilihan MPP ini jelas bertentangan dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang menghalang mereka berpolitik dalam kampus ketika Pilihan Raya Kampus (PRK). 

Usul dibahaskan dengan terbuka oleh ahli-ahli DPP  membuka mata seluruh ahli dewan yang akhirnya telah bersetuju secara majoriti bagi meluluskan tanpa pindaan.


Ahli-ahli Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia


Afirul Idris turut membawa usul tuntutan penubuhan segera Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP).  

Usul ini diterima dan dipersetujui oleh ahli dewan yang meluluskan untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa Universiti. 

Sebanyak 22  usul telah dibawa dan dibincang oleh ahli-ahli DPP kali ini yang melibatkan pelbagai isu universiti dan nasional.

DPP yang merupakan satu dari usaha pemerkasaan mahasiswa yang membolehkan mahasiswa USM membawa sendiri usul dan membincangkan dengan matang dan terbuka berdasarkan fakta dan data terutama yang berkaitan hal-hal kebajikan mahasiswa.

DPP dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Bahagaian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM, Profesor Dr. Azlinda Azman. 

Yang turut hadir ialah Timbalan Pendaftar BHEPA Jelfariny Mohd Jelahni dan Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT Hazlan Abdul Hamid.


Mohamad Abdullah ialah Pegawai USM


Prof Azlinda Azman merasmikan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) sebagai Parlimen Mahasiswa USM yang bersidang

10
14
0
11
0
You will be interested