Kampus & Pendidikan 13 Feb, 2023

Tahniah USIM! Kekal cemerlang debat bahasa Arab! 2 pelajar antara pendebat terbaik! Debat Arab Asia!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) mengekalkan reputasinya sebagai pasukan pendebat bahasa Arab terbaik apabila diumumkan sebagai johan pada 7 Februari 2023 dalam Kejohanan Debat Arab Asia Kedua (2nd Asian Arabic Debating Championship) bagi kategori Bukan Penutur Asli yang berlangsung di Oman Convention and Exhibitions Center (OCEC), Muscat yang bermula sejak 29 Januari 2023.

Apa yang lebih manis lagi Muhammad Afiq Arsyad Awang @ Tarmizi dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dinobatkan sebagai Top 2 Pendebat Terbaik Keseluruhan manakala Maisarah Ahmad Azmi dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dinobatkan Top 5 Pendebat Terbaik Keseluruhan.  

USIM turut diwakili dua orang lagi pendebat hebat iaitu Haafizah Mohd Rosli dan Nur Rasyiqah Unigkutti, kedua-duanya juga merupakan mahasiswa dari FSU. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan debat dan perdebatan


Menurut Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa di Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga jurulatih pasukan debat bahasa Arab tersebut berkata, untuk persiapan kali ini seperti biasa, dengan jadual yang disusun dan pertandingan persahabatan dengan universiti negara Arab dan ASEAN secara dalam talian serta kehadiran alumni-alumni pendebat USIM yang turun sama membantu meningkatkan lagi motivasi pendebat-pendebat muda ini untuk bertanding dengan penuh keyakinan.

"Saya menghargai sokongan pengurusan universiti terutamanya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohd Yusoff; Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan pendebat yang sanggup memberi komitmen terhadap latihan yang dijalankan walaupun mereka dalam persediaan peperiksaan akhir.

"Semoga kemenangan ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk memilih pengucapan awam bahasa Arab sebagai medium mengasah bakat mereka. Semoga aktiviti debat bahasa Arab terus disokong dan mampu membawa nama malaysia serta universiti di peringkat antarabangsa," kata Ahmad Norsyafwan.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Oman dengan kerjasama Oman Debate Centre dan Qatar Debate Centre tersebut menyaksikan sebanyak 42 pasukan bertanding yang turut merangkumi beberapa program latihan dan pusingan kompetitif, dengan penyertaan seramai 320 peserta dari 18 negara iaitu Qatar, Oman, Australia, Azerbaijan, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Malaysia, Pakistan, Palestin, Arab Saudi, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Yaman. - KitaReporters/USIM


13
12
0
12
0
You will be interested