Kampus & Pendidikan 10 Nov, 2024

Hasrat bina Pusat Perkhidmatan dan Pembelajaran Pelajar UPSI-China! Kerjasama dengan Universiti Xi’an!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Prof Md Amin Md Taff menyampaikan kata aluan sempena lawatan delegasi Universiti Xi’an ke UPSI.


UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, terus memperkukuh usaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan pengiktirafan universiti pada peringkat antarabangsa menerusi jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi luar negara.

Pada usaha terbaharu, UPSI menerima kunjungan delegasi dari Universiti Xi’an, China, sebagai satu inisiatif bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama serta komitmen terhadap kecemerlangan akademik dan pemahaman silang budaya.

Kunjungan delegasi yang diketuai Presiden Universiti Xi’an, Profesor Dr Chen Gang itu disambut oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; serta Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed bagi menjayakan pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, pada 5 November 2024.

Turut serta dalam delegasi dari Xi’an University itu ialah Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr Fu Hongbing; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Seni, Profesor Dr Dong Hongjie dan pegawai Pejabat Pengambilan Pelajar, Ding Ding, Mao Yadong serta Qin Jing.


Prof Dr Chen Gang (tengah) berucap mengetuai delegasi Universiti Xi’an, China ke UPSI.


Menurut Prof Md Amin, UPSI berhasrat untuk meneroka peluang kolaborasi bersama Universiti Xi’an, China dalam meningkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik mahasiswa UPSI serta memperkasa pemahaman silang budaya.

Beliau berkata, kunjungan delegasi UPSI ke Universiti Xi’an pada 27 hingga 30 Oktober 2024 lalu adalah peristiwa penting bagi pihak UPSI dalam meningkatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

“Menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah ditandangani dahulu membuktikan bahawa UPSI komited dalam mengorak langkah lebih jauh bagi merealisasikan penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Pembelajaran Pelajar UPSI-China di Xi’an.

“Melalui MoA yang ditandatangani, UPSI berharap dapat meneroka lebih banyak peluang kerjasama, meningkatkan peluang proses pertukaran pelajar serta meningkatkan projek penyelidikan kolaboratif yang bakal memberi manfaat kepada komuniti.

“UPSI menghargai sumbangan dan sokongan dari pihak Universiti Xi’an melalui bimbingan, semangat serta kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak UPSI untuk merealisasikan inisiatif ini,” ujarnya lagi. - KitaReporters


Prof Md Amin (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Prof Chen Gang.

8
23
0
19
0
You will be interested