
Oleh MUSTAFFA IBRAHIM
Pakar Motivasi
Seringkali bila sebut pendidik, tidak terlari daripada perkataan guru/cikgu atau ustaz atau ustazah atau pensyarah... Ya tidak di nafikan kebenarannya. Saya ingin membuka bicara untuk membuka minda luar dari kotak.
Bagi saya terdapat dua perspektif pendidik iaitu pertama pendidik secara aktif dan kedua pendidik secara pasif.
Secara aktif yang sering kita berinterasi dalam kehidupan dari kecil hingga dewasa. Sebagai contohnya guru, pensyarah ibu bapa kawan yang berkomunikasi secara lansung menyampaikan ilmu, pengalaman, nasihat untuk membina kehidupan seharian kita.
Ada yang berterusan atau yang sementara dan ada yang pada jangka waktu tertentu.

Sebagai contoh di sekolah atau pusat pengajian tinggi ini hanya jangka waktu yang tertentu sahaja dan kadangkala memberikan manfaat dan kadangkala membosankan kita bagaimana kaedah proses pendidikan berlaku.
Ada masanya membawa kepada penerimaan yang positif dan adakala penerimaan yang negatif bergantung kepada penerima dan penyampaiannya.
Pengaruh besar adalah interaksi atau komunikasi dengan manusia yang mempunyai sifat-sifat yang berubah-ubah serta menuju ke arah satu matlamat tertentu yang mungkin berbeza-beza. Juga dipengaruhi oleh nilai-nilai serta perasaan serta kehendak.
Pendidik mungkin juga dipengaruhi sentimen peribadi serta nilai-nilai yang berubah-ubah juga.

Gambar hiasan... Guru di sekolah rendah juga adalah pendidik.
Proses pendidikan oleh pendidik yang aktif juga terikat dengan kehendak dan dasar yang mengongkong kehidupan tanpa melihat kebolehan dan kehendak serta perkembangan yang didik.
Kita sering terlupa terdapatnya tiga kelompok iaitu " slow learner", " medium learner" dan "fast learner". Maka sering berlaku konflik antara pendidik dengan yang dididik.
Walau apapun pendidik aktif ini amat penting untuk membuat arus perubahan dalam kehidupan menuju tahap kecemerlangan.
Ini hanya coretan pandangan kalau silap pohon kemaafan. Nanti, saya akan sambung fasa kedua iaitu pendidik secara pasif.
Cikgu Mustaffa Ibrahim ialah seorang pendidik, jurulatih dan penceramah yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, sukan dan pembangunan belia. Artikel ini adalah pandangan penulis.
