Kampus & Pendidikan 28 Dec, 2021

Video| Keluarga Malaysia: UMT hantar sukarelawan ke Pahang! Bantu bersihkan rumah mangsa banjir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Sukarelawan UMT lengkap dengan peralatan pembersihan berjalan menuju ke lokasi yang dilanda banjir di Kuantan,Pahang. - Kredit foto-foto: Media UMT


BANJIR besar yang melanda beberapa negeri hingga menyebabkan banyak kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa meninggalkan kesan buruk dan mengerikan mangsa yang terbabit dalam kejadian alam tersebut.

Bersesuain dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia, nasib mangsa banjir turut dikongsi kesedihan oleh rakyat Malaysia dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.

Selain itu, pelbagai pihak juga termasuk rakyat prihatin tampil menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa sama ada jadi tukang masak di Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di rumah-rumah ditenggelami air bah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UMT

 

Sukarelawan banjir UMT bergambar kenangan sebelum berlepas ke Pahang.


Pelajar dari menara gading pun tidak terkecuali untuk turun padang dengan menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa banjir dalam kerja-kerja pembersihan lumpur dan selut yang memenuhi rumah-rumah mangsa. 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak ketinggalan sama menggerakkan misi kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di beberapa kawasan terutama negeri jiran Pahang.

Atas dasar keprihatinan itu, UMT menghantar seramai kira-kira 130 sukarelawan yang berada di Pahang sejak 25 Disember 2021 bagi membantu mangsa banjir di beberapa lokasi yang terkesan akibat banjir tempoh hari.

Antara kawasan yang dikenal pasti adalah Taman Inderapura, Kampung Bukit Rangin dan Indera Sempurna serta beberapa lagi kawasan lain di sekitar Kuantan, Pahang.


Pelajar-pelajar UMT melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kampung di Kuantan, Pahang.


Abdullah Syukri M Saleh



Ketua Penyelaras Program, Abdullah Syukri M. Saleh berkata, misi bantuan itu melibatkan 100 orang pelajar dan 10 orang kakitangan universiti berkenaan. 

Katanya, usaha tersebut tidak dilakukan secara persendirian malah mendapat kerjasama penuh dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membantu melicinkan pergerakan, termasuk menawarkan kemudahan penginapan buat sukarelawan UMT.

"Sukarelawan digerakkan bagi membantu penduduk termasuk 20 orang pelajar UMP dari segi bantuan tenaga dan juga sumbangan barangan keperluan.

“Sumbangan barangan keperluan ini adalah hasil kutipan 'Bakul Prihatin UMT' dari Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT,” katanya.


Gotong royong membersih lumpur dan barang-barang yang rosak ditenggelami banjir.


Sukarelawan UMT mengangkat barangan yang rosak ditenggelami banjir.


Abdullah yang juga Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar berkata, sebelum bergerak ke lokasi mereka, sukarelawan terbabit diwajibkan untuk menjalai ujian saliva (air ludah) yang dilaksanakan di Pusat Kesihatan Universiti UMT.

Beliau juga berharap sukarelawan kekal menjaga keselamatan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di kawasan tersebut. - KitaReporters



Pelajar UMT yang menyertai gotong royong di Sungai Lembing, Pahang.

12
13
1
15
0
You will be interested