Menara Gading 20 May, 2021

Berita Terkini| UTM dikawal sepenuh MKN mulai 21 Mei hingga 3 Jun! Pelaksanaan PKPD di kampus!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PELAKSANAAN PKPD di kampus UTM merupakan tindakan terbaik bagi mengekang penularan wabak daripada terus merebak.


PROSES kawalan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor akan diambil alih sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula esok, Jumaat 21 Mei hingga 3 Jun 2021 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.

"Pelaksanaan PKPD merupakan tindakan terbaik bagi mengekang penularan wabak daripada terus merebak, sekali gus memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan sanitasi dan pengesanan kontak terhadap kes-kes yang dilaporkan di kampus.

"Sungguhpun begitu, pengurusan universiti masih merupakan pemegang amanah utama terhadap kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga kampus. Segala keperluan dan kebajikan warga kampus akan dipastikan terjaga dan terjamin,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, 20 Mei 2021.


Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN.


Ahmad Fauzi berkata, universiti itu akan menggerakkan bantuan secara berterusan kepada warga kampus yang terkesan.

Sehubungan itu beliau menasihati seluruh warga universiti terbabit agar kekal tenang, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan penularan Covid-19.

UTM dalam satu kenyataan pula memaklumkan semua operasi fizikal di kampus UTM Johor Bahru tidak dibenarkan, dan kakitangan universiti itu diminta bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh PKPD kecuali kakitangan Pusat Kesihatan Universiti.

"Pintu pagar utama hanya akan dibuka hingga 5 petang ini untuk sebarang urusan penutupan pejabat. Hanya pintu pagar utama universiti iaitu Pintu 1 akan digunakan sepanjang PKPD, manakala perkhidmatan penghantaran makanan, kafeteria dan kedai di dalam kampus hanya dibenarkan hingga 10 malam ini sahaja.

"Kesemua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kampus berkuat kuasa serta-merta dan kakitangan yang bertugas dalam perkhidmatan perlu, mesti tinggal di dalam kampus selama tempoh PKPD. Kafeteria dan kedai di dalam kampus akan ditutup sepanjang PKPD," menurut kenyataan itu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

You will be interested

Berita Terkini| Mahasiswa UniSZA diarah jalani ujian saringan! Di kampus dan di kampung halaman!

Semua mahasiswa UniSZA di kampus dan di kampung diarahkan jalani ujian saringan Covid-19 berikutan wujudnya jangkitandalam kalangan mahasiswa di universiti itu

News Editor 1 in Menara Gading 1 month ago

UiTM Puncak Alam mula beroperasi sebagai PPV IPT! Kendali 1,500 penerima suntikan vaksin sehari!

UiTM cawangan Puncak Alam secara sah mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada 7 Jun 2021 dan akan menjadi PPV Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Menara Gading 1 week ago

Tahniah UIAM! Kecemerlangan Kemampanan! Empat finalis Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021!

UIAM lakar satu lagi sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai finalis untuk empat penyertaan dalam tiga kategori Anugerah Green Gown Antarabangsa 2021
Roslan Rusly in Menara Gading 2 weeks ago

#Aid4Palestine UUM! Bersama bantu rakyat Palestin! Sanggah keganasan aparteid, genosid Israel!

Institut Kecemerlangan Pengajian Islam Baitulmaqdis (IEIJS) dengan kerjasama AIIAD UUM, Aid4Palestine Malaysia anjur Webinar Antarabangsa Khas mengenai Palestin
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

A-Smart Lu’bah: Inovasi UPSI untuk PdP, PdPR bahasa Arab! Didik hibur, belajar sambil bermain!

Pembangunan gamifikasi pintar A-Smart Lu’bah oleh Dr Saipolbarin Ramli jadi medium alternatif untuk sokong, bantu aktiviti PdP dan PdPR bahasa Arab di Malaysia
Editor 1 in Menara Gading 4 weeks ago