Menara Gading 02 Mar, 2022

Tahniah! 31 peserta terima Sijil Mediator The Accord Group Australia! Hadiri kursus Mediasi UUM!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Ketua Perunding ZRTA Group Sdn. Bhd Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar sampaikan cenderamata kepada Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

Dr Haim Hilman Abdullah merasmikan  ‘Mediation Process and Skills Course Programme' anjuran Pusat Pengajian Undang-undang UUM.

SERAMAI 31 peserta kursus perundingan Penyelesaian Alternatif Pertikaian atau Alternative Dispute Resolution (ADR) melalui mediasi bakal menerima Sijil Pengantara (Mediator) yang dikeluarkan oleh The Accord Group, Sydney, Australia.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kursus julung kali yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Undang-undang UUM dengan kerjasama Perunding yang ditauliahkan dari The Accord Group, Sydney, Australia, iaitu ZRTA Group Sdn. Bhd

Ini adalah di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Geran Penjana KPT Pace atau Profesional Certification yang mula diperkenalkan pada tahun 2019.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Dr Haim Hilman Abdullah berbual dengan peserta kursus.

“Kursus yang dianjurkan selama lima hari ini yang dikendalikan oleh Jurulatih dan Perunding yang diketuai tokoh dalam bidang perundangan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar bersama-sama jurulatih dan Perunding yang terlatih pastinya memberi manfaat kepada pelajar dan graduan UUM ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan Mediation Process and Skills Course Programme di Mahkamah Mut, Bangunan UUM COLGIS

Di majlis itu, beliau turut melahirkan rasa bangga dan gembira dengan inisiatif dari Pusat Pengajian dalam memastikan lulusan mereka tidak hanya dilengkapi dengan ijazah akademik, malah peserta yang terlibat dengan kursus ini juga akan mendapat Sijil Mediator yang menjadi nilai tambah tersendiri kepada siswazah untuk kekal berdaya saing dan memenuhi kehendak industri.

Dengan sijil pengantara ini pastinya dapat meningkatkan kebolehpasaran siswazah sama ada di dalam organisasi, firma yang sedia ada atau pun menubuhkan firma sendiri dalam mencipta peluang kerjaya kepada pihak lain dan memenuhi hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang berketrampilan serta boleh memberikan manfaat kepada masyarakat selaras dengan moto UUM iaitu Ilmu Budi Bakti.


Peserta kursus bersama Prof Dr Haim Hilman Abdullah.


Dalam pada itu Ketua Perunding ZRTA Dato’ Zainul Rijal ketika ditemui berkata, kursus mediatasi selama 40 jam yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa ini memberi penekanan dalam aspek kemahiran dan skil untuk menjadi mediator (perantara).

Katanya dengan kelulusan dalam bidang ini memberi peluang kepada lulusan-lulusan mediasi selain daripada menjadi peguam mereka juga boleh menjadi mediator.

“Kini peluang untuk mereka lebih luas bukan sahaja menjadi peguam atau hakim malah boleh menjadi mediator,” ujar beliau lagi.


Naib Canselor bersama tetamu yang hadir.


Sementara itu Dekan Pusat Pengajian Undang-undang Prof Madya Dr Yusramizza Md Isa @ Yusuff dalam ucapan aluannya berharap peserta kursus ini dapat membantu masyarakat untuk menyelesaikan masalah, perselisihan dan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga, kejiranan maupun organisasi nanti.

Katanya dalam litigasi di mahkamah merupakan pendekatan tradisi dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian namun dalam masyarakat moden hari ini pendekatan penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR) sering digunakan oleh pihak yang bertikai untuk menyelesaikan masalah mereka secara cepat dengan kos yang efektif. 

Beliau menambah pendekatan mediasi ini diharap dapat membantu pihak–pihak yang bertikai mencapai persefahaman dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan perjanjian yang dipersetujui tanpa menzalimi mana-mana pihak nanti.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah UUM Puan Nazira Abdul Rahim; Ketua Perunding ZRTA Group Sdn. Bhd Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar; dan Penolong Naib Canselor UUM COLGIS merangkap Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko UUM Prof Dr Nuarrual Hilal Md. Dahlan. - KitaReporters


Program perasmian dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

9
13
0
8
0
You will be interested

Tahniah dan selamat datang ke UniSZA! 1,845 pelajar baharu mendaftar! Sertai Minggu Mesra Siswa!

Seramai 1,845 pelajar baharu mula daftar masuk di UniSZA di Kuala Nerus bagi sesi Akademik 2022/2023 terdiri daripada 200 pelajar asasi, 1,685 pelajar diploma

Video| Usaha lonjakkan lagi pencapaian! Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM dibincang, diteliti!

Seramai 160 peserta sertai Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022 yang dirasmikan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di EDC-UUM, Sintok
Corp Comm UUM in Menara Gading 16 hours ago

Tahniah MMU! Karya filem pendek pelajar akan ditayang di luar negara! Pameran filem antarabangsa!

Wisma Putra menerusi bahagian kebudayaan bercadang ingin ketengahkan filem-filem pendek hasil karya pelajar MMU di pameran-pameran filem antarabangsa - Menteri
Corp Comm MMU in Menara Gading 1 day ago

Usaha tanam sendiri sayur! Inkubator Kobun Pokan USIM! Set hidroponik ditaja untuk 50 keluarga PPR!

Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) USIM anjurkan Program Inkubator Kobun Pokan dengan sumbang set hidroponik di PPR Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 1 day ago

Minat sambung belajar? USIM buka peluang kemasukan! Untuk pelajar golongan B40! Tutup 10 Sept 2022!

USIM buka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 untuk para pelajar lepasan STPM/setaraf untuk sambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 4 days ago