Kampus & Pendidikan 14 Oct, 2020

Food Bank YaPEIM! 510 pelajar UniSZA dapat sumbangan makanan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

NASIB pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu yang terpaksa tinggal di kampus ketika berhadapan dengan penularan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak pernah diabaikan malah mereka tetap diberi pelbagai bantuan oleh pihak yang bersimpati dengan mereka. : KitaReporters 

Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) antara agensi kerajaan yang peka dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelajar di institusi pengajian tinggi dan memikul tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. 

Berikutan itu pelajar UniSZA yang tinggal di Kampus Gong Badak dan Kampus Perubatan, Kuala Teregganu bernasib baik kerana pihak YaPEIM tidak mengabaikan nasib yang menimpa pelajar terbabit.  Seramai 510 pelajar dari dua kampus terbabit menerima sumbangan barangan makanan daripada YaPEIM.

Prof Madya Dr Afandi Salleh


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Madya Dr Afandi Salleh berkata, sumbangan makanan seperti air kotak, biskut dan roti yang bernilai hampir RM3,000 itu diagihkan kepada pelajar yang masih berada di dalam kampus. 

Katanya, pengurusan UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YaPEIM atas sumbangan ini dan ia sangat memberi seribu makna kepada pelajar yang ada di kampus.

 Sesi penyerahan Food Bank YaPEIM kepada pelajar UniSZA


"Insya-Allah, dengan sumbangan ini, ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan makan pelajar," katanya.

Beliau berkata, sesi penyerahan Food Bank YaPEIM 2.0 Ready To Eat itu diadakan secara sederhana di Foyer Asrama Kampus Gong Badak dan perkarangan Asrama Maidam, Kampus Perubatan. 

Simbolik penyerahan pek makanan kepada pelajar UniSZA


Menurut Prof Afandi, sesi penyerahan sekali lagi akan diadakan pada minggu depan kepada 510 pelajar yang terbabit. 

Beliau berharap, dengan adanya sumbangan berupa makanan tersebut ia dapat membantu meringankan beban pelajar yang masih berada di kampus terbabit. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested