Menara Gading 22 Dec, 2021

Keluarga Malaysia: 700 sukarelawan UIAM turun padang! Santuni mangsa banjir Selangor, Pahang!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Kerja pembersihan sedang dilakukan.

BERTEPATAN dengan konsep Keluarga Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut sama menghulurkan tenaga bagi membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang. Ketika ini hampir 700 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan para pelajar sudah pun turun ke lapangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan. 
Modus operandi pasukan sukarelawan UIAM adalah turun membantu membersihkan rumah dan kawasan sekitar yang mana dibanjiri dengan lumpur yang tebal

Usaha yang dilakukan ini ialah sangat diperlukan oleh keluarga mangsa selepas mereka dibenarkan pulang dari Pusat Penempatan Sementara (PPS).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UIAM

Kakitangan UIAM juga turut sama membantu rakan sekerja yang ditimpa bencana banjir.


Pada 20 Disember 2021 lalu, misi bantuan telah disalurkan di Hulu Langat, Janda Baik dan Kuantan, manakala pada hari berikutnya (21 Disember 2021) pasukan sukarelawan UIAM menghulurkan bantuan di Hulu Langat, Shah Alam, Sungai Buloh, Janda Baik dan Kuantan

Misi bantuan ini turut melibatkan empat buah bas, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kereta peribadi sukarelawan.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, misi bantuan kemanusiaan telah ini telah digerakkan dari awal lagi untuk membantu kesemua mangsa bencana banjir. 


Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.
Sumbangan barang makanan juga turut disampaikan.

"Sejajar dengan semangat untuk membantu masyarakat, kakitangan dan pelajar UIAM telah turun ke beberapa lokasi banjir yang mana ketika ini komuniti sekitar itu amat memerlukan bantuan untuk membersihkan kediaman mereka serta bantuan-bantuan lain.

“Kini seramai 1,000 pelajar dari semua kampus UIAM di Gombak, Kuantan, Gambang dan Pagoh telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan dan 700 dari mereka telah pun berada di kawasan-kawasan yang terbabit,” katanya.


Pelajar UIAM membantu mangsa banjir.

Pelajar UIAM membersihkan kediaman mangsa banjir.

Tambah beliau, UIAM mengutamakan warga mereka yang terkesan terlebih dahulu dan kemudian membantu masyarakat yang turut terkesan akibat bencana ini.

Menurut Timbalan Rektor, Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Masyarakat, Dr. Zulkifli Hassan, pelajar UIAM sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan demi untuk Rahmatan Lil Alamin iaitu memberikan rahmah ke seluruh alam. 

Pelajar dan kakitangan UIAM akan terus turun untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir untuk mengurangkan beban mereka. - KitaReporters


Sukarelawan UIAM di Kampus Kuantan, turut sama bantu mangsa banjir di Pahang.

14
12
0
6
0
You will be interested

UPSI lepas 3k benih ikan lampan ke Sungai Bernam! Usaha pulihara sumber ikan! Makanan penduduk!

Persatuan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI lepaskan 3k benih ikan lampan ke Sungai Bernam bagi bantu pembiakan hidupan marin sungai itu

Noraini Wahab in Menara Gading 4 weeks ago

Keluarga Malaysia: Pasukan Perubatan UniSZA turun padang! Periksa kesihatan mangsa banjir Pahang!

100 sukarelawan termasuk 18 kakitangan perubatan UniSZA dari Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) turun padang bagi beri perkhidmatan kepada mangsa Pahang
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

110 pelajar baharu UUMKL! Ikuti taklimat pendaftaran online! Termasuk 10 pelajar antarabangsa!

110 pelajar baharu semester DC212 yang terima tawaran pengajian di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah ikuti taklimat pendaftaran secara dalam talian (online)
Corp Comm UUM in Menara Gading 1 week ago

Keluarga Malaysia: Warga UPM bergabung tenaga! Mangsa banjir rasa lega! Berkat semua bekerjasama!

UPM bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) lakukan misi kemanusian Program Putra Cakna di sekitar daerah di Selangor termasuk Pusat Pertanian Meru, Klang
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 2 weeks ago

Video| Keluarga Malaysia: UMT hantar sukarelawan ke Pahang! Bantu bersihkan rumah mangsa banjir!

UMT hantar seramai kira-kira 130 sukarelawan di Pahang sejak 25 Disember 2021 lalu bagi bantu mangsa banjir di beberapa lokasi yang terkesan akibat banjir besar
Mohammad Ishak in Menara Gading 2 weeks ago