Kampus & Pendidikan 08 Jun, 2021

UiTM Puncak Alam mula beroperasi sebagai PPV IPT! Kendali 1,500 penerima suntikan vaksin sehari!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) cawangan Puncak Alam secara sah telah mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Isnin, 7 Jun 2021 dan akan menjadi PPV Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada orang ramai.  

Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dilalakukan oleh pasukan UiTM Puncak Alam ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UiTM



Antara kemudahan yang disediakan adalah fasiliti yang lengkap seperti bilik pemantauan yang kondusif, kemudahan parking dengan kapasiti 300 buah kenderaan yang sudah pasti memberi kesenangan kepada mereka yang datang ke sini. 

Ia akan beroperasi bermula 9.00 Pagi hingga 5.00 petang. Untuk hari pertama, seramai 518 orang telah divaksin. 

Dengan beroperasian PPV UiTM Puncak Alam ini sudah pasti ia dapat menambah bilangan orang menerima vaksin lebih banyak kerana UiTM Puncak Alam sahaja mampu mengendalikan1,500 orang pada satu-satu masa




Untuk makluman, UiTM ini adalah salah satu daripada cadangan PPV IPT yang terpilih selain 19 lagi bakal operasi selepas ini. 

Dengan penambahan PPV IPT, ini pasti dapat membantu kerajaan dek kerana selepas ini jumlah vaksin yang akan diterima sebanyak 16 juta dos vaksin COVID-19

Selain dapat membantu kerajaan, PPV IPT ini juga dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ketika ini mengalami kekurangan kakitangan dalam memberi vaksin kepada orang ramai. - KitaReporters



0
1
0
0
1
You will be interested