Kampus & Pendidikan 21 Aug, 2021

Nak sambung belajar? Layari Hari Terbuka Pascasiswazah Maya UiTM 21-22 Ogos, 28-29 Ogos 2021!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Hari Terbuka Pascasiswazah secara maya selama empat hari melalui dua  tarikh berasingan bermula 21-22 Ogos dan 28-29 Ogos 2021 untuk para pelajar berpeluang melayari  platform Pameran Pendidikan Pascasiswazah Maya Terbesar 2021.

Sehubungan itu, 300 pelajar tempatan pertama yang berhasrat menyambung pelajaran mereka dan berjaya  akses ke dalam platform ini akan diberikan PIN percuma yang mana kebiasaannya PIN untuk mohon kemasukan selalunya dikenakan caj bayaran RM50.

"Jadi anda disarankan merebut peluang keemasan ini sebagai 300 pelajar pertama yang berdaftar secara maya," ujar Ketua Pengajian Siswazah (Bahagian Pengambilan dan Kemasukan), Dr. Faiz Izwan Anuar (gambar bawah).

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UiTM


Platform Pendidikan Maya IPTA pertama di Malaysia ini memberi peluang para pelajar merancang perjalanan pendidikan pascasiswazah mereka dari keselesaan rumah pada masa negara masih berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta SOP yang ketat.

“Di Institut Pengajian Siswazah (IPSis) kami akan menyediakan calon pelajar dengan sumber terbaik untuk membantu mereka melanjutkan pengajian pascasiswazah di UiTM,” tambah Dr. Faiz.

Menurut beliau, dalam tempoh pandemik COVID-19 yang masih menunjukkan peningkatan tinggi, calon pelajar dijemput menyertai Hari Terbuka Pascasiswazah Maya UiTM secara maya supaya ketika berada di rumah pun ia bukan satu halangan untuk mereka terus mempersiapkan diri bagi mencapai impian dan pengajian di universiti awam terbesar di Malaysia ini. 



“Anda boleh berinteraksi melalui dalam talian untuk sebarang persoalan dan mendapat jawapan segera dengan wakil yang sentiasa ramah dari 27 Fakulti dan Pusat Akademik yang mengambil bahagian,” tambah Dr. Faiz.

Selain itu, beberapa aktiviti turut disediakan antaranya seperti rundingan dalam talian dengan IPSis mahu pun panel perunding dari pelbagai fakulti terbabit di UiTM serta sesi Webinar Interaktif.

'Kami memudahkan segalanya buat para  pelajar agar mereka tidak ketinggalan untuk terus melanjutkan pelajaran dan mencapai impian masing-masing," akhiri Dr. Faiz sambil berharap ramai calon pascasiswazah berkelayakan akan merebut peluang yang terbuka ini.

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran boleh lawati platform maya di https://virtual.uitm.edu.my. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested