Kampus & Pendidikan 18 Jul, 2023

Tahniah Inasis Maybank UUM! Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor! Tumpaskan Inasis TM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Prof Dr Mohd Foad Sakdan mengalungkan pingat kepada pasukan Inasis Maybank UUM yang menjuarai pertandingan bola sepak Piala Naib Canselor UUM.


Inapan Siswa (Inasis) Maybank UUM menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berakhir pada 16 Julai 2023.

Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan menyampaikan Piala Pusingan dan hadiah kepada pasukan Inasis Maybank UUM yang berjaya menumpaskan Inasis TM di Stadium Kompleks Sukan universiti ini.


Pergelutan depan tiang gol Inasis Maybank.

Dalam pertandingan bola sepak akhir ini tendangan penalti terpaksa dibuat selepas pasukan Maybank UUM dan Inasis TM masing-masing seri 1-1 dalam kejohanan ini.

Akhirnya Inasis Maybank UUM dinobatkan sebagai juara dengan keputusan 4-2 mengalahkan Inasis TM UUM.


Pemenang ketiga bola sepak dari Inasis TM bergambar kenangan dengan Naib Canselor dan TNC HEPA UUM.

Kejohanan yang berlangsung mulai 1 Jun 2023 hingga 15 Julai 2023 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UUM ini turut menyaksikan pertandingan bola jaring dan tenpin boling.

Pemenang bola jaring Johan dimenangi Inasis MAS, Naib Johan Inasis YAB dan tempat ketiga Inasis TNB dan Proton.

Bagi sukan tenpin boling (lelaki) berpasukan pula Johan ialah Inasis YAB, Naib Johan Inasis MISC dan Ke tiga Inasis TNB. Manakala kategori tenpin boling (perempuan) johan ialah Inasis TNB, Naib Johan YAB dan ketiga Inasis Bank Muamalat.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed; Pengarah Pusat Sukan UUM, Dr. Nasiruddin Haron; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman;  pegawai-pegawai universiti; dan mahasiswa UUM. - KitaReporters


Johan bola jaring terima Piala Pusingan daripada Naib Canselor UUM. 


 

 

 

 

 

10
14
0
11
0
You will be interested