BERITA gembira buat semua Alumni Masscomm, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM dan pelajar-pelajar Masscomm. Setelah beberapa bulan Alumni Masscomm memperjuang kedudukan Masscomm sebagai Fakulti tersendiri dan menolak penggabungannya sebagai Kolej Perkomputeran, informatik dan Media, akhirnya pihak UiTM bersetuju untuk membatalkan gabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) serta Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) yang diletak bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM
Presiden Alumni Masscom FKPM Basree Rakijan berkata, perkara itu dimaklumkan dalam satu pertemuan Alumni bersama Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor pada Khamis, 5 Januari 2023.
Basree dalam FB Alumni Masscomm memberitahu pembatalan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan kerana UiTM perlu melalui pelbagai proses tertentu untuk pembatalan berkenaan.
Beliau juga memberitahu, pihak Alumni menerima baik pendirian terbaharu UiTM itu dan seterusnya berharap pembatalan dapat dipercepatk demi kebaikan pelajar dan kakitangan akademik FKPM keseluruhannya.
Selain itu Basree juga berkata dalam pertemuan tersebut, UiTM berjanji akan lebih telus dan berkonsultasi dengan Alumni dimasa akan datang.
Perbincangan dengan VC UiTM itu turut dihadiri beberapa pemimpin Alumni Masscom yang terdiri daripada Prof Datuk Dr Murad Merican, Mantan Profesor di FKPM Masscomm; Datin Dr Shameem Abdul Jalil; Prof Adjunct Zulhisham Ayob; Feisal Merican, Datuk Zaini Hassan dan Hafizah Kamaruddin.
Dalam masa yang sama berita gembira itu disambut baik oleh semua Alumni Masscomm, bekas pensyarah dan pelajar-pelajar Masscomm.
Rata-rata menyuarakan rasa gembira kerana Masscomm kembali menjadi standalone fakulti yang akan menyumbang tenaga dan ilmu dalam bidang media khususnya dan tidak perlu berkongsi dengan dua Fakulti lain.
Seorang pelajar Kewartawanan Masscomm semester 5 memberitahu berita itu sangat menggembirakan beliau dan rakan-rakan mereka di Masscomm kerana selama ini mereka sangat bingung terhadap penggabungan berkenaan dan turut merasakan masa depan mereka sebagai graduan Masscomm mungkin terumbang ambing kerana tidak dikenali lagi.
Paling membimbangkan pasti sijil Ijazah mereka di tulis graduan Pengkomputeran, Informatif dan Media yang akan disalah anggap oleh masyarakat dan pihak tertentu yang mungkin menemu duga mereka sebagai pelajar Komputer Sains.
"Berita ini memang satu berita yang sangat menggembirakan dan memecahkan kebingungan kami selama ini," katanya.
Bagi Alumni Masscomm, Datuk Zakaria Abdul Wahab, mantan Ketua Pengarang BERNAMA, beliau turut gembira dengan pembatalan Masscomm dalam gabungan tiga Fakulti berkenaan. Beliau berpendapat sangat baik jika Masscom berdiri sendiri menjadi standalone Fakulti kerana bidang masscom sangat besar dan selari dengan perkembangan teknologi. Malah katanya bidang Masscom yang tiada hadnya dan versatile akan membuatkan graduan graduan nya menjadi tenaga kerja yang serba boleh. - KitaReporters