Kampus & Pendidikan 23 Oct, 2025

Buah Fikiran| Kena beza pelajaran dan pendidikan! Dasar pendidikan jangan ikut cita rasa politik!

@samsudin oli mohamed
Samsudin Oli Mohamed ialah seorang pengamal media berpengalaman dengan 40 tahun dalam bidang penulisan berita. Beliau pernah bertugas di Balai Berita Berita Harian Kuala Lumpur dan juga sebagai wartawan bebas. Samsudin memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, beliau dilantik sebagai Pengarang Kitareporters.com, seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarang Gamal Nasir.

Share this

Saya bukan profesor, bukan pensyarah universiti dan tidak mempunyai ijazah sarjana. Saya hanyalah insan biasa yang pernah menulis tentang perbezaan antara pelajaran dan pendidikan. 



Oleh CIKGU MUSTAFFA IBRAHIM

Pakar Motivasi


Saya bukan profesor, bukan pensyarah universiti dan tidak mempunyai ijazah sarjana. Saya hanyalah insan biasa yang pernah menulis tentang perbezaan antara pelajaran dan pendidikan. 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang dasar pendidikan dan disiplin kerana kedua-duanya amat penting dalam membentuk arah dan maruah generasi akan datang.

Dunia sekarang sedang berubah dengan pantas. Maka dunia pendidikan juga perlu bergerak seiring dengan perubahan itu. 

Namun perubahan dasar pendidikan mestilah berasaskan keperluan sebenar zaman, bukan mengikut cita rasa peribadi atau kepentingan politik semata-mata.

Apabila dasar berubah mengikut selera individu, sistem pendidikan akan keliru dan sukar mencapai matlamat sebenar. 

Akhirnya kita lebih sibuk menyelesaikan masalah ciptaan sendiri daripada menumpukan kepada pembentukan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.



Sebelum sebarang dasar diperkenal, ia perlu melalui analisis yang teliti oleh pakar berpandukan data yang sahih. Data perlu dikumpul, dikaji dan dianalisis agar penyelesaian yang dibuat benar-benar menyentuh punca masalah, bukan sekadar langkah sementara.

Dasar pendidikan bukan sekadar arahan atau dokumen di atas kertas. Ia ialah garis panduan yang mesti dihormati semua pihak termasuk menteri, pengetua, guru, ibu bapa dan murid. 

Hanya dengan disiplin bersama, pendidikan negara akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan tidak terikat dengan kehendak individu.

Saya mohon maaf jika pandangan ini kurang tepat. Ini hanyalah pandangan seorang insan biasa yang cintakan dunia pendidikan dan ingin melihat anak bangsa berjaya dalam erti yang sebenar. 


Cikgu Mustaffa Ibrahim ialah seorang pendidik, jurulatih dan penceramah yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, sukan dan pembangunan belia. Artikel ini adalah pandangan penulis.


6
13
0
10
0
You will be interested