Kampus & Pendidikan 17 Oct, 2023

Terbaiklah KRT Bandar Jertih! Anjur program Tuisyen Kami! Kelas percuma bantu pelajar golongan B40!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu yang menjadi peneraju aktiviti sosial kepada masyarakat di daerah itu meneruskan agenda membantu komuniti dengan melaksanakan program berasaskan pendidikan. 

Pembukaan Pusat Tuisyen Kami adalah salah satu inisiatif terbaharu KRT berkenaan bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mandapatkan pembelajaran percuma anjuran KRT terbabit.

Program tuisyen yang diadakan secara percuma untuk golongan pelajar dari keluarga B40 itu bermula pada pertengahan September 2023 dan dijangka berakhir Februari 2024 dan kini telah disertai 35 pelajar di sekitar daerah Besut.


Muhammad Hanif Mustapha

Setiausahanya, Muhammad Hanif Mustapha berkata, usaha mengadakan pendidikan percuma itu sebagai pendidikan tambahan kepada pelajar kurang berkemampuan. 

Katanya, penganjuran program itu adalah bagi menyahut saranan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Naional (JPNIN) selain memenuhi tanggungjawab sosial Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Menurutnya, inisiatif itu juga bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik, memenuhi tanggungjawab sosial kementerian itu kepada masyarakat dan merealisasikan aspirasi kerajaan untuk 'Memperkasa Rakyat' melalui pendidikan berkualiti.

Katanya, pihaknya bangga kerana JPNIN Terengganu memberi kepercayaan kepada KRT berkenaan menggerakkan program berasaskan pendidikan kepada komuniti setempat.


Pelajar sedang mengikuti kelas percuma Tuisyen Kami anjuran KRT Bandar Jertih


“Ia menyasarkan pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 daripada keluarga kurang berkemampuan, berprestasi sederhana serta lemah dalam akademik,” katanya..

Kenyataan itu juga menyebut, program berkenaan akan dilaksanakan melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang menyasarkan komuniti pedalaman, asnaf dan golongan B40.

"Program ini memberi fokus kepada lima mata pelajaran teras bagi SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

"Kelas tuisyen tersebut diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih bermula jam 3 hingga 5 petang dan dikendlikan oleh guru-guru berpengalaman dalam mata pelajaran terbabit,” katanya. 

Beliau berkata, pihknya memperuntuk RM20,000 untuk menganjurkan program itu termasuk membiayai imbuhan kepada guru, menyediakan makan minum dan alat bantu mengajar. - KitaReporters


Pelajar yang menyertai kelas Tuisyen Kami bergambar kenangan bersama guru dan jawatankuasa penganjur.

8
15
2
12
0
You will be interested