Kampus & Pendidikan 23 Feb, 2023

Syabas mahasiswa USM! Santuni Gelandangan #SiswaKongsi! Hasil sumbangan sesama sendiri, orang ramai!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BIARPUN bergelar mahasiswa dan tiada pendapatan tetap namun tidak menghalang niat suci sekumpulan mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bergelar sebagai sukarelawan.

Lebih hebat kumpulan yang disertai mahasiswa daripada pelbagai fakulti itu tidak segan menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Georgetown.

Penyelaras Program #Siswakongsi, Mohd Nazmi Hakimi Eirman berkata, projek sukarelawan yang disertai 12 mahasiswa pelbagai fakulti itu berhasrat membantu golongan  gelandangan melalui dana yang dikumpul sesama sendiri.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan golongan gelandangan


Katanya,  pada 17 Februari 2023 lalu menjadi detik bermakna kepada kumpulannya apabila  berjaya  merealisasikan impian untuk menyantuni golongan gelandangan melalui program Santuni Gelandangan #SiswaKongsi.

”Tujuan utama program ini adalah untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan, sekali gus memberikan gambaran sebenar kehidupan golongan ini terutama di sekitar Georgetown.” katanya.

Jelasnya lagi, semua sumbangan merupakan hasil kutipan orang ramai dan aktivis mahasiswa sendiri.

Malah, Nazmi sendiri tidak menyangka projek julung kali itu berjalan lancar dan mendapat sambutan hebat sesama rakan sendiri dan juga masyarakat setempat. 

Hasil sumbangan berkenaan digunakan untuk membeli makanan dan keperluan asas golongan berkenaan.



"Kami berasa amat bersyukur dan terima kasih atas sumbangan," ujar Nazmi.

Malah, beliau juga menyimpan hasrat untuk meneruskan lagi Projek #Siswakongsi pada masa akan datang dan dilaksanakan secara berkala.

“Harapan kami adalah untuk terus melaksanakan program #SiswaKongsi ini dengan skala yang lebih besar dan penyertaan daripada pelbagai pihak .

Katanya beliau mahu mencontohi Hadis Riwayat at-Thabrani, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”.

Tahniah semua yang terlibat.. Semoga jasa dan kesungguhan kalian menjayakan projek tersebut. Bukan kerja yang mudah untuk selesaikan aktiviti berkenaan.

Semoga pengalaman menyantuni golongan kurang berkemampuan ini bukan sahaja memberi peluang untuk mendekati golongan tersebut tetapi juga memberi pendedahan sebenar kepada perjalanan hidup di kota raya. - KitaReporters


14
18
0
8
0
You will be interested