Kampus & Pendidikan 23 Mar, 2023

Syabas USIM! Berjaya lancar V-ID Card bagi ganti ID kad fizikal! Menerusi platform USIM Mobile 2.0!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Dalam usaha menyokong digital transformasi dalam pendidikan tinggi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Virtual Identity (V-ID) Card atau Kad Pengenalan Maya USIM menerusi platform USIM Mobile 2.0. 

Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaari berkata dalam majlis amanat beliau yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini, idea pelaksanaan V-ID Card ini tercetus pada penghujung tahun 2022 dengan kerjasama daripada kumpulan teknikal Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), Pusat Komunikasi Strategik, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pendaftar USIM.  

“Universiti sentiasa menyokong perkembangan era permodenan dan teknologi terkini. Dengan kewujudan V-ID Card ini ia bertindak sebagai alternatif pengenalan diri secara fizikal kerana ia memudahkan capaian pada ‘hujung jari’ menggunakan telefon pintar tidak kira masa dan tempat”, ujarnya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kad pengenalan


Menurut Dr. Sharifudin lagi, aplikasi USIM Mobile edisi 1.0 yang telah dibangunkan pada Ogos 2019 adalah untuk keperluan capaian terutama pelajar sarjana muda untuk semakan keputusan peperiksaan dan lejer pelajar.  

Kemudian, penggunaan secara optimum adalah ketika pandemic COVID-19 pada bulan Mac 2020 untuk tujuan pengrekodan kehadiran staf semasa bertugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR). 

“Dengan pelaksanaan USIM Mobile ini, penerapan konsep ‘Bring Your On Device’ (BYOD) kepada staf telah dikuatkuasakan serta merta di mana semua warga USIM perlu menggunakan telefon pintar masing-masing untuk akses ke dalam aplikasi USIM Mobile dan tiada lagi Kiosk Mesin myAKRAB disediakan," katanya lagi. 

Kini, USIM telah menaik taraf fungsi aplikasi kepada versi USIM Mobile 2.0 dan pihak pengurusan universiti mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) yang telah mengambil tindakan proaktif bagi merealisasikannya dalam tempoh masa yang singkat. 

USIM antara universiti yang terawal membangunkan V-ID ini selain Universiti Putra Malaysia. - KitaReporters/USIM


 

9
9
0
16
0
You will be interested