Kampus & Pendidikan 18 Mar, 2022

Ibu bapa sebak terima ijazah anak dah meninggal! Ijazah anumerta! Konvo UIAM jadi sepi seketika!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Ibu Allahyarhamah Nur Hanani sebak terima Ijazah bagi pihak anak.

SELURUH dewan sepi dan hening seketika tatkala diumumkan penerima ijazah berikutnya ialah graduan yang telah meninggal dunia.

Kasih ayah dan ibu sehingga ke hujung nyawa anak. Malah pada hari konvokesyen anak, ibu dan ayah menggagahkan diri untuk hadir terima bagi pihak anak yang kini sudah pergi buat selama-lamanya.

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarhamah Nur Hanani Samsull berumur 25 tahun berasal dari Kuala Terengganu mempunyai sembilan orang adik beradik yang mana arwah anak keenam dan mempunyai adik kembar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen


Allahyarhamah Nur Hanani Samsull


Keluarga arwah Nur Hanani Samsull melihat ijazah yang diterima.


Arwah Nur Hanani meninggal dunia berpunca daripada demam denggi hingga menyebabkan saluran darah ke otak gagal berfungsi (brainsteam bleed with tonsilar herniation) pada 13 Disember 2020 lalu.

Arwah merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Abdulhamid Abusulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS).

Ibu bapa Allahyarham, Jah Laila Wati Suib dan Samsull Talib hadir pada sidang kesebelas majlis konvokesyen UIAM

Kelihatan sebak dan menitis air mata si ibu ketika menerima skrol ijazah tersebut daripada Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.  

Beberapa kali dilihat ibu arwah mengalirkan air mata, mungkin beliau rindu, berbangga dengan kejayaan arwah dan redha dengan apa yang terjadi. 


Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mengucapkan takziah kepada keluarga.

Ditanya kepada ibu tentang keperibadian arwah, menurutnya arwah merupakan anak yang sangat baik dan taat kepada kedua ibu bapa. Seorang anak yang agak pendiam dan kuat berusaha dan bersemangat dengan setiap apa yang lakukan.

"Baiknya dan taatnya arwah kepada kami ketika di meja makan, arwah tidak akan makan selagi mak ayahnya tidak mula makan, malah setiap jumaat arwah akan pastikan kuku kami sentiasa dipotong dan bersih".Katanya.

"Bahkan jika arwah memotong kuku kami, arwah akan lakukan dengan penuh lembut sehingga makcik tidak terasa yang kuku kami sedang dipotong oleh arwah", tambahnya lagi.

Difahamkan arwah meninggal dunia sebulan selepas berumah tangga. Ditanya kepada suami arwah, beliau reda dengan segala kententuan yang ditetapkan oleh-Nya.

Dengan berbekalkan kekuatan daripada Allahyarhamah Nur Hanani, keluarga arwah hadir bagi meraikan kejayaan anak mereka walaupun sudah tiada lebih-lebih lagi ibu arwah yang menerima sendiri ijazah tersebut.

Ijazah Anumerta merupakan penganugerahan ijazah yang diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia. - KitaReporters



4
9
5
18
1
You will be interested