Kampus & Pendidikan 04 May, 2021

Tahun kedua Ramadan Box PSA UniSZA! RM121k untuk sumbangan kepada komuniti termasuk di Surabaya

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Ahli Jawatankuasa persatuan bergambar kenangan sebelum program bermula


PERSATUAN Staf Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (PSA UniSZA) berjaya mengumpulkan lebih RM121,000 sebagai sumbangan Ramadan pada tahun 2021 ini.

Timbalan Presiden persatuan itu, Prof. Madya Dr Fauzilah Salleh, berkata program yang bermula sejak dua minggu lalu itu bertujuan untuk membantu golongan asnaf, miskin dan berpendapatan kecil.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UniSZA

Dr Fauzilah Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan Ramadan Box 2021


Dr Fauzilah berkata, ini adalah tahun kedua PSA UniSZA melaksanakan program 'Ramadan Box 2021' ini, dan alhamdulillah program berjalan lancar sejak bermula Ramadan 1442 Hijrah lalu. 

Menurutnya, tujuan program ialah bagi meningkatkan penjenamaan PSA UniSZA dan pada masa sama, penjenamaan UniSZA sebagai Hero Komuniti UniSZA

Selain itu, beliau berkata, ia bagi menjalinkan hubungan strategik PSA UniSZA dan NGO yang mempunyai matlamat yang sama.

"Ini akan mendedahkan warga akademik tentang tanggungjawab diri bukan sahaja dalam kelas bersama pelajar tetapi juga terhadap komuniti sekeliling, bersosial dengan komuniti melakukan kerja-kerja sukarelawan dan berkongsi ilmu pengetahuan kepada komuniti," katanya. 

Pengerusi Ramadan Box 2021 ini ialah Dr Nor Mazlina Abu Bakar, yang menjadi tulang belakang kepada program kotak Ramadan ini, begitu komited mendapatkan sumbangan dan menyediakan barangan untuk agihan.


Dr Mazlina Abu Bakar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim


Satu keluarga dari Kampung Pak Kancil, Setiu menjadi antara penerima sumbangan


Dalam pada itu, Dr Fauzilah berkata, pihaknya ada juga menyalurkan sumbangan kepada ke Surabaya, Indonesia melalui Universitas Narotama, Surabaya.

Katanya, rakan NGO PSA termasuk Alumni Perintis PKP MRSM Kulim; Nadi Annissa Muslim Women Organisation Malaysia; Fat to Fit Zumba Fitness Malaysia, Persatuan Penduduk Desa Mentari, Subang, Selangor; Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (PERSIS);  JPKK Gong Dato, Terengganu; JPKK Tok Jiring ,Terengganu; PUSPA UniSZA,Terengganu; Pusat Islam UniSZA; Universitas Narotama Surabaya, Indonesia; Malaysian Academic Association Council (MAAC) Malaysia; Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Alumni ITM Dungun 1985-1987.


Sebahagian barangan dapur yang diagihkan kepada komuniti


Dr. Fauzilah berkata, "alhamdulillah sumbangan ahli PSA adalah sebanyak RM15,100, manakala lebihi daripada RM50,000 daripada rakan-rakan PSA yg lain di mana penyumbang terbesar adalah dari Alumni PKP MRSM Kulim,” katanya.

"Jumlah ini telah melebihi sasaran PSA utk membantu lebih 1,000 keluarga. Semoga Allah memberi ganjaran yg terbaik utk sahabat semua. 

"Kejayaan adalah kejayaan semua yang berganding bahu membantu. Semoga UniSZA dan komuniti berpisah tiada," tambahnya. - KitaReporters


Sukarelawan menyusun barangan sebelum diagihkan kepada penerima terpilih

4
3
0
1
1
You will be interested