Kampus & Pendidikan 28 Mar, 2024

Berita baik buat staf KUIPs! Terima duit raya RM2,000 atau RM1,000 ikut gred! Bantuan Khas Kewangan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Staf KUIPs menghadiri majlis berbuka puasa dan mendengar pengumuman bayaran RM2,000.

Staf Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) masing-masing menerima RM2,000 sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini (2024).

Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) itu akan dibuat pada 28 Mac 2024.

"Moga sumbangan ini dapat digunakan menjelang Aidilfitri ini," ujar beliau pada Majlis Berbuka Puasa dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Pengurusan Eksekutif KUIPs dan staf kampus ini pada 26 Mac 2024.



Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua dari kiri) bersalaman dengan staf KUIPs pada majlis berbuka puasa. 


Sementara itu Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang ditemui berkata, kesemua 250 staf dari Gred 54 ke bawah akan menerima RM2,000 manakala gred setara Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) pula akan menerima RM1,000 seorang sahaja.

"Dengan pengumuman ini saya berharap semua staf akan menunjukkan prestasi dan bersedia berkhidmat untuk universiti ini sambil berbelanja dengan berhemah menjelang Aidilfitri nanti," sambung lagi.


Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin menyerahkan surat pemakluman BKK kepada Rektor KUIPs yang mewakili Jabatan Canselori.
Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Abdul Basir @ Mohd Ramli menerima surat pemakluman staf yang menerima BKK di jabatan beliau dari Pengerusi LPU.

Dalam pada itu beberapa staf yang ditemui berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana sentiasa menghargai mereka.

Pengawal keselamatan Azaid Hassan, 38, berkata, dengan pemberian BKK ini pastinya sambutan Aidilfitri tahun ini (2024) lebih bermakna.

"Duit yang saya terima ini pastinya dapat membantu untuk ahli keluarga membuat persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi," katanya ketika ditemui.


Azaid Hassan  


Manakala Ketua Bahagian Pemasaran, Jabatan Canselori yang juga pensyarah Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam Nur Syaedah Kamis, 34, [ula berkata, pengumuman BKK ini pastinya memberi khabar gembira baginya yang akan pulang beraya nanti.

"Pada tahun ini (2024) pengurusan KUIPs sangat bermurah hati dengan meningkatkan bantuan hari raya kepada seluruh warga KUIPs berbanding tahun lepas (2023), sekali gus dapat meringankan beban saya yang akan pulang beraya di Sabah pada tahun ini,’ tambahnya.

Moga komitmen staf KUIPs untuk bersama-sama membangunkan universiti direalisasikan secara bersama. - KitaReporters


Nur Syaedah Kamis.

Staf menghadiri jamuan berbuka puasa di KUIPs.

14
16
0
9
0
You will be interested