Kampus & Pendidikan 10 Nov, 2023

Integriti Pemangkin USIM Cemerlang, USIM Disayang! Jadi pemacu sempena Hari Akademia USIM 2023!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Bertemakan “Integriti Pemangkin USIM Cemerlang, USIM Disayang”, buat julung kalinya Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) telah menjayakan Majlis Pelancaran Hari Akademia USIM 2023 yang dirasmikan oleh Naib Canselor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Majlis Pelancaran Hari Akademia USIM 2023 adalah bagi menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini yang mengangkat tema “Akademia Pemacu Malaysia Madani”.  

Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya menyatakan, majlis yang diadakan pada peringkat USIM ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada setiap warga akademik untuk memacu kecemerlangan USIM dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi termasuk melahirkan graduan yang mampu menjadi khalifah di muka bumi dengan memberi sumbangan yang cemerlang dan signifikan kepada agama, bangsa dan negara secara integriti atau amanah.



Ujarnya lagi, pelbagai kejayaan yang diperolehi warga akademik USIM tidak dapat disangkal lagi sama ada pada peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan. 

Sebagai contoh bagi tahun 2023, sejumlah 11 pingat emas dan satu pingat gangsa telah berjaya digondol oleh barisan pensyarah USIM dalam Pertandingan Inovasi International e-Content Development Competition (EConDev) 2023 di mana sebanyak empat (4) anugerah khas turut berjaya diperolehi. 

Selain itu, sejumlah lima pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa telah berjaya diperolehi dalam Pertandingan Inovasi International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2023.



Sementara itu, Dr. Rezki Perdani Sawai, Timbalan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) berkata, pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan antaranya taklimat perkhidmatan dan persaraan, pertandingan penulisan dan deklamasi sajak, pertandingan penulisan anekdot dan Hari Keluarga. 

Sekalung penghargaan buat Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Akademia 2023.

Pusat Kemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) turut menjalankan satu pertandingan inovasi e-Gamifikasi pada peringkat dalaman USIM yang diberi nama Minecraft Kampus Barakah Challenge (MKBC) 2023 bertemakan Integriti Pemangkin USIM Cemerlang, USIM Disayang yang juga merupakan tema bagi Sambutan Hari Akademia USIM pada tahun ini. 

Pertandingan ini adalah bagi mencungkil bakat-bakat pensyarah yang bekerjasama dengan pelajar masing-masing bagi menerapkan elemen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan kaedah e-Gamifikasi yang merupakan kaedah PdP terkini yang mampu menarik minat pelajar.



Turut diadakan ialah pelancaran Modul Tutelage yang dihasilkan oleh CETL sebagai salah satu inisiatif Sasaran Tahunan USIM (STU) di bawah Teras Strategik Pelajar bagi menjadi rujukan dan panduan kepada staf akademik USIM dalam mengendalikan program bimbingan pelajar secara berstruktur dan bersasar. 

Program Personal Tutelage yang dilaksanakan ini memberi penekanan baharu di mana staf akademik  bukan sahaja memberi panduan tentang penasihatan akademik, namun berperanan sebagai murabbi dalam membentuk sahsiah pelajar dan diharapkan dapat menyemarakkan aspirasi “USIM cemerlang, USIM disayang.” - KitaReporters/USIM


14
14
0
11
0
You will be interested

Berita baik untuk pelajar IPT! Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka! Sehingga 8 April 2024!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Biasiswa Tunku Abdul Rahman BTAR Yayasan Tunku Abdul Rahman YTAR pelajar universiti IPT Ijazah Sarjana Muda permohonan dibuka

Putra Cakna Alumni Care! Prihatin kebajikan pelajar! Alumni UPM sumbang komputer riba, pelan data!

Universiti Putra Malaysia alumni UPM sumbangan komputer riba pelan data Putra Cakna Alumni Care Heart to Heart H2H alma mater Pusat Perhubungan Alumni ARCUPM
Zul Akmar Jamaludin in Kampus & Pendidikan 1 week ago

Pelajar dari 11 negara pilih KUIPs! Sesi pengajian bagi pengambilan Feb 2024! 200 pelajar mendaftar!

Kolej Universiti Islam Perlis KUIPs pendaftaran pelajar kemasukan pelajar antarabangsa pengambilan baharu pelajar baharu majlis taklimat pelajar antarabangsa
KUIPs Corp Comm in Kampus & Pendidikan 1 week ago

Pendidik pengubah generasi! UPSI terap BITARA! Bakat, Inovasi, Transformasi, Adab, Revolusi, Adaptasi!

Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI Tanjong Malim BITARA kebitaraan Naib Canselor Dr Md Amin Md Taff perguruan guru pendidik akademia Aspirasi Naib Canselor
Rosdi Ismail in Kampus & Pendidikan 1 week ago