Kampus & Pendidikan 24 Jul, 2024

Tahniah SKOMAS! Juara deklamasi sajak Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Pasir Gudang!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh MUHAMMAD FATKHURROZAK SOKHIPUL HADI


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kota Masai (SKOMAS) terus cemerlang apabila dinobat sebagai juara deklamasi sajak pada Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2024.

Rovinaa Lita A/P Simon Santiago membawa tema bernuansa alam membolehkan dirinya terpilih sebagai juara dalam kategori perempuan, manakala kategori lelaki dimenangi Hoo Wei Chen dari SMK Taman Johor Jaya 2.

Tidak hanya itu, kedua-dua pelajar tersebut mempunyai potensi untuk mewakili Pasir Gudang pada Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor yang akan dianjurkan tidak lama lagi.

Selain itu, kontinjen daripada SMK Kota Masai (SKOMAS) juga membawa pulang naib juara dalam acara nasyid dan tempat ketiga dalam acara tarian.


Kumpulan Nasyid Pendidikan Khas SKOMAS dinobat sebagai Naib Juara di Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Pasir Gudang 2024


Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Pasir Gudang telah disempurnakan langsung oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sektor Pendidikan Khas) Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Nor Haliza Saibun.

Sebanyak 8 acara dipertanding, antaranya ialah deklamasi sajak, tarian, peragaan pakaian, nasyid, dekorasi kek, nyanyian solo, kolaj manik dan poster digital.

Karnival Kemahiran Kebolehpasaran bertujuan memberi ruang untuk mencungkil bakat dan potensi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), sekali gus menggalakkan mereka bergiat aktif pada peringkat yang lebih tinggi. - KitaReporters


Kumpulan Tarian Pendidikan Khas SKOMAS meraih tempat ketiga di Karnival Kemahiran Kebolehpasaran Pendidikan Khas Pasir Gudang 2024

12
7
0
15
0
You will be interested