Kampus & Pendidikan 31 May, 2024

Wah bestnya! Pasukan bola sepak SK Puncak Perdana dapat jersi baharu! Terima kasih penaja-penaja!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Kalau sudah rezeki, takkan ke mana-mana. Siapa sangka, pasukan bola sepak sekolah rendah pun mendapat perhatian pihak korporat dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Begitulah hebatnya pemain cilik bola sepak daripada SK Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Di bawah pengurus pasukan merangkap Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mohd Aslam Nor Zahari, pasukan ini berjaya mendapat tajaan sepenuhnya untuk jersi baharu mereka.



Menurut Aslam, idea tersebut datang apabila melihat keadaan jersi yang sudah lama digunakan tanpa pembaharuan.

“Idea untuk mendapatkan penaja bagi jersi bola sepak SK Puncak Perdana tercetus apabila melihat jersi sekolah yang telah sekian lama digunakan. 

"Jika kita lihat jersi kelab-kelab ternama negara dan antarabangsa, mereka akan membuat pelancaran jersi setiap permulaan musim baharu. Jadi, saya ambil semangat itu untuk membuat jersi baharu bagi pasukan bola sepak sekolah ini. 

"Secara tidak langsung, ia boleh menaikkan semangat pemain,” katanya.


Mohd Aslam Nor Zahari memberi ucapan. 


Apabila impian untuk merealisasikan jersi baharu bagi pasukan bola sepak ini terlaksana dengan adanya pihak penaja, para pemain termasuk guru-guru dan pihak pengurusan berasa sangat teruja. 

Apatah lagi dengan adanya majlis pelancaran yang diadakan di sekolah ini telah menaikkan semangat para pemain untuk beraksi cemerlang pada Kejohanan MSSD yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Jun 2024 ini.

“Dengan adanya jersi baharu yang menyemarakkan semangat pemain, harapan pihak sekolah, PIBG dan penaja adalah kecemerlangan prestasi pasukan bola sepak menjadi lebih baik. Kita tidak mahu menjadi pasukan belasahan pihak lawan. 

"Jersi baharu, semangat baharu! Impian kami adalah untuk menjadi johan dalam setiap perlawanan,” tambah Aslam ketika berucap pada majlis pelancaran jersi baharu pasukan bola sepak SK Puncak Perdana, Jumaat, 24 Mei 2024 lalu.


Para penaja untuk jersi baharu.


Penaja yang terlibat adalah YB Synergy Holdings Sdn Bhd, Boortz Empire Sdn Bhd, Hadrat Touch Global, EL Preschool Sdn Bhd, RAS Recond Car dan Geng Aircond.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penaja untuk jersi kali ini. Saya berharap kita akan bekerjasama dari semasa ke semasa untuk memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak pelapis kepimpinan masa depan negara.

“Saya berharap pasukan bola sepak SK Puncak Perdana akan berusaha sehabis baik bagi membawa pulang piala kemenangan ke sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Penasihat PIBG, Guru Besar SK Puncak Perdana, Ani Meh,” ujarnya menutup bicara. - KitaReporters


Jersi baharu ini diharap kandapat menaikkan semangat para pemain.

13
14
0
13
0
You will be interested