Kampus & Pendidikan 01 Apr, 2021

Kunjungan hormat UUM ke LHDN! Tingkatkan kebolehpasaran, siap industri siswazah UUM untuk LHDN

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan) menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh Dr Sabin Samitah.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dato’ Seri Dr Sabin Samitah pada 26 Mac 2021 lalu.

Pertemuan itu diadakan bagi menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan kebolehpasaran siswazah dari universiti ini.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM

Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (dua dari kanan) menyerahkan surat jemputan ke UUM kepada Dr Sabin Samitah (dua dari kiri). 


Perbincangan turut menyentuh mengenai Program Talent Pipeline Academy atau Shukatsu (Shusoku Katsudo) yang membolehkan pelajar dari kampus ini yang memenuhi kriteria atau syarat yang ditetapkan terpilih atau diserapkan ke LHDN nanti.

Katanya, program penyediaan bakat UUM (Shukatsu) adalah inisiatif futuristik tenaga kerja yang bertujuan untuk menghasilkan bakat siap industri (industrial ready) yang disesuaikan dengan keperluan rakan-rakan industri.

"Program yang diilhamkan oleh Shusoku Katsudo dari Jepun ini adalah bagi memburu bakat muda seawal semester empat bagi melatih mereka mengikut kehendak dan keperluan syarikat yang merangkumi penglibatan dalam industri, program peningkatan kemahiran dan keterikatan industri, sekali gus mengambil mereka bekerja sebaik sahaja proses pembelajaran tamat dan lulus," sambung Dr Hendrik lagi.


Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan) bersama Prof Madya Dr Lily Julienti  Abu Bakar ketika mengadakan pertemuan dengan LHDN.


Dr Hendrik yang mencetuskan idea ini menambah peluang sebegini perlu diketengahkan agar dapat merapatkan jurang antara universiti dan industri yang akan membawa kepada peningkatan kebolehpasaran siswazah dan mempercepat kesediaan pelajar untuk menyertai industri ini.

Beliau berkata,  UUM sentiasa terbuka dan mengharapkan peluang diberikan kepada pelajarnya untuk menyertai mana-mana sahaja program asalkan mereka diberi tempat untuk menjalani latihan industri nanti.

Beliau yakin usaha untuk memperkasa program yang dirancang dalam pertemuan ini dapat direalisasikan kerana Dr Sabin dan ramai staf LHDN juga alumni UUM.

Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datuk Dr Sotimin Muhalip; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), Abu Tariq Jamaluddin; dan Pengarah Pusat Alumni UUM Prof Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar. - KitaReporters


Dr Sabin berbual dengan Prof Madya Dr Hendrik Lamsali.

1
0
1
0
0
You will be interested