Kampus & Pendidikan 17 Mar, 2021

Youthpreneur Mentoring UUM! Belajar kemahiran berniaga bersama Dr Raja Yasmin dari Melbourne!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Dr Hendrik Lamsali (empat dari kanan) bergambar kenangan selepas majlis perasmian.


PELAJAR Inapan Siswa (Inasis) MAS dan TNB Universiti Utara Malaysia (UUM) mengikuti Youthpreneur Mentoring  yang dilaksanakan secara dalam talian selama 12 siri bersama mentor dan jurulatih profesional bertauliah dari The Coaching Institute Australian dalam bidang perniagaan iaitu Dr Raja Yasmin Raja Abdul dari Melbourne, Australia.

Perkongsian dengan pengasas The Eqbiz Academy yang mendapat pendidikan Doktor Falsafah dalam jurusan pemasaran dan penjenamaan dari Monach University ini diadakan bagi mempelajari dan mendedahkan pengalaman beliau kepada mahasiswa ini untuk menceburi bidang keusahawanan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM



Penampilan Penerima Anugerah The Australian Coach of The Year 2019 ini diharap dapat memberikan inspirasi kepada mahasiswa UUM untuk menjadi usahawan berjaya dalam era digital ini terutama ketika pandemik COVID-19 ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali ketika berucap pada majlis perasmian Learning Hub dan penyampaian anugerah 5S di Dewan Bunga Raya Inasis itu berharap program yang diperkenalkan sejak tahun 2020 ini dapat memberikan fokus kepada kebolehpasaran siswazah melalui aktiviti yang dijalankan.


Prof Madya Dr Hendrik Lamsali menyampaikan sijil kepada peserta Learning Hub.


Melalui Learning Hub yang ditubuhkan ini diharap dapat mengurangkan jumlah pengangguran di Malaysia yang telah meningkat kepada angka 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Universiti berharap dengan program yang dilaksanakan ini akan menjadi nilai tambah kepada pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti," ujar beliau lagi.

Dr Hendrik menambah dengan bimbingan daripada Dr Raja Yasmin ini setiap learning hub itu dapat melahirkan pelajar yang mempunyai skil dari aspek ketahanan mental dan berdaya saing.

Melalui learning hub ini tujuh fokus utama perlu digerakkan dan menjadi rujukan bagi inasis dalam program keusahawanan mereka.


Tetamu yang hadir pada majlis perasmian Learning Hub.


Dalam pada itu Pengetuanya Dr Rohani Abdullah ketika ditemui berkata, program bersama Dr Raja Yasmin ini telah memberi pendedahan dan kemahiran perniagaan secara atas talian kepada pelajarnya sehingga ke peringkat antarabangsa selama 12 siri.

"Harapan kami pelajar yang menyertai program ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berniaga dan secara tidak langsung mampu untuk mencipta kerjaya sendiri," ujarnya lagi.

Dalam masa yang terdekat ini juga mereka akan mengikuti bengkel untuk mengusahakan rancangan perniagaan dan mengikuti business pitching bersama Institut Pembangunan Koperasi dan Usahawan (CEDI) UUM untuk mendapatkan dana bagi menambah baik perniagaan yang sedia ada atau memulakan perniagaan mereka nanti.


Pelajar Inapan Siswa MAS/TNB UUM membuat persembahan pada majlis itu.


Pada majlis itu juga TNC HEPA turut menyampaikan hadiah dan cenderamata sempena amalan 5S yang boleh meningkatkan budaya kerja yang lebih displin, inovatif dan kreatif.

Turut hadir Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin; Timbalan Pengetua, Sharima Ruwaida Abbas; penolong-penolong pengetua; Presiden Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar (MPJ) UUM, Muhammad Saniy Samsudin, dan barisan kepimpinan JKPS & Residen Siswa serta staf. - KitaReporters


Mahasiswa UUM bukan sahaja aktif dalam aktiviti akademik malah mempunyai bakat dalam seni tari dan persembahan.

2
0
0
0
0
You will be interested