Kampus & Pendidikan 20 May, 2022

USIM tanam 500 pokok Gutta Percha! Sempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


KIRA-KIRA 100 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sertai Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak - The Malaysia Book of Records bersempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia di kawasan Arboretum USIM di Nilai. Negeri Sembilan pada 17 Mei 2022. 

Sebanyak 5,017 pokok ditanam secara serentak di 23 lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Johor, Pahang dan Perlis

Kesemua 23 lokasi yang ditanam dengan pokok Gutta Percha ini akan dikenali secara rasminya sebagai “Unifi Green Zone”

Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia jatuh pada 17 Mei setiap tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti USIM


Nizamuddin Hashim, Ketua State Regulatory & Engagement (SRE) Yayasan Telekom Malaysia (TM) berkata, Gutta Percha atau Nyatoh Taban Merah adalah sejenis getah yang dikenali sebagai Gutta Percha telah digunakan sebagai bahan penebat untuk kabel dasar laut pertama di dunia

Pokok ini telah menyumbang kepada perkembangan telekomunikasi dunia dan pernah menjadi salah satu sumber utama ekonomi negara pada abad ke-19

Menurut beliau lagi, bagi mengekalkan nilai sejarah yang dibawa oleh pokok ini, Yayasan TM telah mempamerkan proses pengekstrakan pokok Gutta Percha menggunakan batu pengisar seberat 5 tan di Muzium Telegraf yang terletak di Taiping, Perak.  

“Muzium tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menyimpan pelbagai khazanah, artifak dan maklumat menarik berkenaan sejarah telekomunikasi negara, khususnya telegraf. 

"Selain itu, para pengunjung turut berpeluang melihat sendiri kabel dasar laut buatan tahun 1870 iaitu kabel terawal di dunia yang menggunakan bahan penebat daripada ekstrak pokok Gutta Percha," katanya.



Sementara itu, Ir. Shahrin Amri Jahari, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM berkata, USIM berbesar hati kerana menjadi salah satu lokasi pilihan untuk program tanaman pokok ini. Sebanyak 500 anak pokok Gutta Percha ditanam di Kawasan Arboretum di tepi tasik USIM ini. 

Program anjuran Yayasan TM ini merupakan julung kalinya diadakan bersama Yayasan Sukarelawan Siswa di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan turut mendapat kerjasama daripada 17 rakan strategik di universiti awam dan swasta, jabatan serta agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Sepang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  - KitaReporters


15
9
1
8
0
You will be interested