Kampus & Pendidikan 19 Oct, 2023

Roshaizam Izuddin YDP MPP KUIPs 2023/2024! 13 jawatan direbut pada Pilihan Raya Kampus (PRK) ke-7!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pelajar-pelajar mengambil peluang untuk mengenali calon yang bertanding sebelum mengundi.

Pelajar semester tiga program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani, 22, bakal dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIPs bagi Sidang Akademik, 2023/2024.

Roshaizam Izuddin antara 13 calon yang memenangi pertandingan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ke-7 yang diadakan ini.


Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani bakal dilantik sebagai Yang Dipertua MPP KUIPs sesi 2023/2024.


PRK ini menyaksikan sebanyak 13 kerusi yang menjadi rebutan, masing-masing lapan calon bertanding bagi kerusi umum dan 11 calon pula untuk kerusi exco.

Penamaan calon telah diadakan pada 13 Oktober 2023 selepas MPP sesi 2022/2023 dibubarkan pada 26 September 2023. Manakala tarikh berkempen pula diberi selama tiga hari sebelum tarikh mengundi iaitu pada 17 Oktober 2023. 

Seramai 910 pengundi daripada 1,004 jumlah keseluruhan pelajar aktif KUIPs telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi sesi kali ini.


Pilihan Raya Kampus menyaksikan lebih 910 pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Sementara itu Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu MPP Sesi Akademik, 2023/2024.

Katanya, pelajar atau pengundi telah memilih wakil mereka untuk membawa suara mahasiswa nanti.

Majlis penyerahan watikah dan pelantikan akan diuruskan oleh Pusat Pengurusan Ehwal Pelajar (PusPEP) sebelum menyerahkan mandat kepada barisan MPP yang baharu dilantik ini.

“Kemenangan telah diperolehi dan kini masa untuk mereka bekerja dan meletakkan barisan MPP KUIPs standing dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini, “ sambung beliau lagi.


Pengundi mula memilih wakil mereka.

Pelajar antarabangsa turut memilih wakil dalam pilihan raya kampus ini.

Pengumuman keputusan PRK bagi Sidang Akademik, 2023/2024 ini berlangsung di Dewan Auditorium, kampus ini.

Dengan pengumuman itu kesemua mereka yang memenangi Pilihan Raya Kampus (PRK) ini layak membentuk kerusi-kerusi Majlis Tertinggin dan Exco dalam MPP nanti.

Proses pilihan raya kali ini diadakan secara dalam talian namun pelajar dikehendaki hadir secara fizikal. - KitaReporters


Pelajar memberi isyarat pastinya kami memilih calon yang terbaik.

MPP KUIPs yang memenangi pilihan raya kampus sesi ini.
18
11
0
13
0
You will be interested