Kampus & Pendidikan 17 May, 2024

Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis| KUIPs sentiasa di hati keluarga diraja! Ada banyak keistimewaan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



TAHUKAH anda sebaik saja memilih untuk menyambung pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pelbagai keistimewaan sedang menunggu. Bak kata orang, anda akan diberi layanan setaraf "anak rajalah". Hampir semua percuma. Anda pergi saja belajar.

Bukan setakat yuran pengajian percuma malah elaun (duit saku) dan kemudahan asrama juga tidak perlu bayar, semua itu akan dibiayai atau ditaja sepenuhnya oleh pemilik penuh universiti itu - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Siapa kata sistem pendidikan negara kita tiada percuma. MAIP yang asaskan KUIPs bagi memberi pendididkan seumur hidup kepada insan yang berminat kerana jihad sejati dalam agama ialah memberi pendidikan seperti mana ketika junjungan kita Nabi Muhamad SAW menerima wahyu pertamanya di Gua Hira: Iqraq... Bacalah demi nama Tuhanmu.

Hendak pula apabila Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor KUIPs. Darah daging keturunan baginda titihan daripada nasab (keturunan) Nabi Muhamaad SAW dengan moyangnya yang berasal dari Yaman. 

Maka sudah pasti setiap urat nadi baginda mahukan pelajar yang datang menimba ilmu di menara gedung negeri itu mendalami Al-Quran dan As-Sunnah.


Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Tambahan pula ayahanda baginda, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail adalah Raja Perlis yang mempunyai wawasan untuk memajukan setiap rakyat Indera Kayangan dengan misi menambah baikkan kemajuan negeri permatang padi itu sebagai perkampungan ilmu yang terbesar di negara ini. Selain memakmurkan lagi sektor pertanian, ekonomi dan pelancongan.

Walaupun pada asasnya, Perlis negeri paling kecil di negara dengan memiliki 821 kilometer persegi, tetapi tidak menjadi halangan untuk memiliki perkampungan ilmu itu yang akan melahirkan ilmuwan agama yang akan bertebaran ke seluruh dunia mengharumkan nama Perlis.

Misi kerajaan Perlis sebenarnya sedang dalam pembikinan kerana setakat ini Perlis sudah ada 12 dua belas institusi pengajian tinggi terdiri daripada tiga buah universiti, dua kolej, dua institusi latihan profesional, empat institusi latihan umum dan satu institusi lepasan menengah.

Secara keseluruhannya, institusi-institusi ini menghasilkan 8,000 orang siswazah pada setiap tahun yang mana kira-kira satu per empat daripadanya adalah pemegang ijazah. Manakala separuh adalah pemegang diploma dan satu per empat lagi adalah pemegang sijil. 

Mereka merupakan satu sumber ekonomi bagi negeri ini akan tetapi setakat ini hanya sebilangan kecil siswazah ini yang menetap di Perlis selepas tamat pengajian.

Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus daripada jumlah penduduk.



Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Sejarah Perlis berasal dari perkataan Siam prow-lowy yang bererti 'kelapa hanyut' atau dari perkataan dialek Melayu Utara 'perelus' iaitu 'kaki termasuk ke dalam atau ke celah sesuatu'.

Catatan Wikipedia menceritakan Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Keturunan  dikenali dengan Wangsa Jamalullail, dengan leluhurnya telah dijejak daripada pemerintah pertama, Raja Syed Hussein ibni Almarhum Syed Harun Jamalullail.

Gelaran rasmi Raja Perlis ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943 merupakan anakanda kedua kepada Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Almarhumah Tuanku Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail.

Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW daripada sebelah ayahanda baginda apabila nenda moyangnya, Muhammad bin Hasan al-Muallim bin Muhammad Asadillah bin Hasan al-Turabi dari Hadramaut berhijrah ke Kedah pada tahun 1735.  Manakala bondanya keturunan Sultan Pattani.

Sejarah negara Pattani adalah negara Islam terbesar di tanah besar Thailand dan Kelantan, Terengganu serta Kedah adalah sebahagian jajahan Siam. Sebaik perjanjian kemerdekaan yang dibuat oleh Inggeris ketia-tiga negara itu menghantar ufti (duit emas) setiap tahun selepas Siam "memerdekakan" tiga jajahannya itu.


Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Dalam pelan pembangunan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030 untuk Wilayah Koridor Utara Malaysia (NCER) ada menyebut koridor utara merancang menubuhkan satu hab pendidikan yang mempunyai ciri-ciri seperti jalinan antara pengajaran, penyelidikan dan pembangunan; penghasilan pengetahuan, inovasi, khidmat nasihat dan perundingan serta pusat pembangunan keusahawanan dan promosi. 

Hab sebegini boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan juga mempunyai kesan berganda kepada negeri Perlis. Penubuhan pusat tersebut juga dapat ditambah baik jika program berkembar boleh dibangunkan dengan banyak universiti luar negara. 

Salah satu pilihan adalah dengan menjalinkan hubungan dengan universiti-universiti yang terkenal di Thailand seperti Universiti Chulalongkorn atau Universiti Prince of Songkhla. Kerjasama yang saling melengkapi ilmu dan persaudaraan.

Oleh itu, kenapa anda harus memilih KUIPs untuk menyambungkan pelajaran. Matlamat KUIPs antaranya menyebarkan graduan berilmu moden dan Islamik ke serata dunia sebagai sebahagian daripada penyebaran panji-panji Islam.

Ilham menubuhkan KUIPs adalah hasil resolusi Kongres Majlis Raja-Raja dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 




Bermotokan ”Syumul, Takwa dan Dinamik”, KUIPs menawarkan pelbagai program akademik yang mempromosikan nilai-nilai Islam dan keilmuan yang holistik dan seimbang. Pelajar berpeluang mengikuti pendidikan di universiti dengan kualiti pendidikan yang mementingkan ketulusan fakta dan pembentukan peribadi Muslim berteraskan al-Quran dan As-Sunnah.

Tidak hairan baru 11 tahun bertapak sudah hampir 2,000 pelajar mendapat peluang belajar di sini dan kini sesetengah pelajar itu sudah pun berkhidmat di luar negara khususnya di negara Islam yang memerlukan mahasiswa yang berkelulusan pusat pengajian bertauliah. Itu belum lagi pencapaian di bidang lain dan peluang petukaran pelajar di antara negara.

Bak kata Mufti Negeri Perlis Prof Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin anda mempunyai peluang di universiti dengan kuali ketelusan dan MAIP turut memberi bantuan kemudahan tempat tinggal, elaun sebaik saja diterima masuk ke menara gading itu.

Datuk Mohd Asri yang juga ahli lembaga pengarah KUIPs turut menjadi tempat terbaik untuk mendidik anak-anak muda yang akan menjadi pelabis negara dengan pembentukan peribadi bertunjangkan peribadi Islam yang unggul. Sehingga kini KUIPs menjadi pilihan pelajar Islam dari Thailand, Singapura, Filipina, Timor Leste sehingg sejauh dari Negara Afrika, Nigeria dan Arab Saudi.


Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Apabila ada pertanyaan mengapa perlu memilih KUIPs untuk menyambung pelajaran, jawapannya mudah saja iaitu 

1. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) adalah sebuah kolej universiti Islam milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia. 

2. Masalah kewangan bukan lagi penghalang untuk menyambung pengajian di universiti kerana MAIPs menawarkan biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs yang merangkumi yuran pendaftaran, yuran universiti, penginapan, dan elaun bulanan untuk semua pelajar terpilih.

3. KUIPs adalah sebuah universiti yang melahirkan pencinta sunnah yang mempunyai kebolehpasaran melalui penerapan aplikasi sunnah dalam pembelajaran, pengajaran dan kehidupan di  universiti dengan bimbingan pakar-pakar bidang yang profesional dan mendokong sunnah dalam setiap dimensi.

4.  27 program menjadi pilihan di KUIPs bermula daripada program pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana hingga  Doktor Falsafah dalam bidang al-Quran, hadis, pengajian Islam, muamalat, kewangan Islam, perniagaan dan keusahawan.

Permohonan atas talian bagi pengambilan pelajar telah dibuka untuk sesi pengambilan Julai 2023/2024 (bagi program Asasi) dan sesi pengambilan September 2024/2025 bagi semua program yang ditawarkan di KUIPs. Untuk memohon, sila layari laman sesawang KUIPs di www.kuips.edu.my. 


Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Di samping itu juga, KUIPs menawarkan program Asasi selama satu (1) tahun dengan syarat kelayakan minimum 5 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang pengajian Islam dan muamalah dan sebagai laluan pantas untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menerusi KUIPs juga, pelajar yang memenuhi syarat minimum kelayakan iaitu memiliki 3 kredit dalam SPM boleh memohon program-program Diploma yang ditawarkan dalam bidang Al-quran dan qiraat, pengajian Islam, syariah, perbankan Islam, pengurusan harta Islam, perakaunan, dan bahasa arab. 

Manakala, pelajar lepasan STPM, STAM, Asasi dan Diploma boleh memohon program Ijazah sarjana muda KUIPs dalam bidang al-quran, hadis, pengajian Islam, syariah, muamalat, kewangan Islam, perniagaan dan keusahawanan. 

Program pasca-siswazah turut ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengajian Islam, bahasa Al-quran dan hadis dan perniagaan dan pengurusan. 

Pemohon masuk ke KUIPs layak untuk mendapat Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs yang merangkumi yuran pendaftaran, yuran universiti, penginapan dan elaun bulanan mengikut terma dan syarat.

Peluang ini tidak terhad kepada pelajar di negeri Perlis, malah terbuka kepada seluruh negara dan luar negara. 

Permohonan atas talian bagi pengambilan pelajar telah dibuka untuk sesi pengambilan Julai 2023/2024 (bagi program Asasi) dan sesi pengambilan September 2024/2025 bagi semua program yang ditawarkan di KUIPs. Untuk memohon, sila layari laman KUIPs di www.kuips.edu.my. - KitaReporters


Daftar di sini https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


11
11
0
10
0
You will be interested