Kampus & Pendidikan 23 Jul, 2024

Tahniah dan selamat belajar! Pelihara imej UPSI! 652 pelajar Ambilan Diploma Sesi 2024/25 mendaftar!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


SERAMAI 652 pelajar hadir mendaftarkan diri di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, di Kampus Sultan Azlan Shah bersempena Hari Pendaftaran Pelajar Ambilan Diploma Sesi 2024/2025, pada 21 Julai 2024.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, mengucapkan tahniah kepada pelajar berkenaan atas kejayaan mereka melanjutkan pengajian peringkat diploma di universiti pendidikan yang tersohor itu.


Prof Norkhalid Salimin dalam sesi menyampaikan kata aluan kepada pelajar baharu UPSI.


Menurutnya, dia berharap mahasiswa ambilan diploma itu memelihara nama baik dan imej UPSI, sebuah universiti yang melahirkan ribuah guru sejak ditubuhkan pada 1997.

“Walau bagaimanapun, UPSI lahir daripada sejarah yang panjang iaitu bermula zaman Sultan Idris Training College (SITC) pada 1922 seterusnya Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan dinaik taraf kepada UPSI.

“Kini UPSI memiliki pelbagai kemudahan seperti kompleks sukan, kolam renang bertaraf olimpik, UPSI Adventure Park, lapang sasar golf dan tidak lama lagi akan siap pembinaan kompleks boling 24 lorong,” katanya lagi.


Prof Norkhalid (dua dari kanan) bertanya khabar pelajar yang menunggu proses pendaftaran.


Sesi pendaftaran yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu diuruskan dengan kerjasama Rakan Millenia dan mahasiswa Kolej Ungku Omar yang terbabit dalam proses pendaftaran bermula dari kaunter penginapan, cenderahati, bendahari dan pendaftaran.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin yang menyantuni pelajar, ibu bapa serta wakil kolej dan fakulti sepanjang proses pendaftran berlangsung di samping mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar menjadi sebahagian daripada keluarga UPSI.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di UPSI dan berharap mereka menanamkan keazaman, teguhkan semangat dan gunakan sepenuh tenaga untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan suasana proses pendaftaran pelajar di sekitar dewan itu sangat tersusun dan berjalan lancar. - KitaReporters


Prof Norkhalid beramah mesra dengan keluarga pelajar sekitar Dewan Kolej Ungku Omar.

11
13
0
15
0
You will be interested