Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2024

SKM peruntuk RM2.5j kepada Angkasa! Program Pembangunan Perniagaan Koperasi! Tabung Pendidikan Angkasa!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) bagi pihak SKM menyampaikan replika cek kepada Presiden Angkasa Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, (tiga dari kiri) dalam majlis ringkas sebelum Taklimat Kongres Koperasi Malaysia 2024, di Bilik Gerakan KUSKOP, di Putrajaya pada 16 Julai 2024.


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperuntuk kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dana berjumlah RM2.5 juta pada tahun 2024. 

Ia bagi membiayai pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Melalui Angkasa berjumlah RM2 juta dan Tabung Pendidikan Angkasa berjumlah RM500 ribu.

Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Melalui Angkasa yang berjumlah RM2 juta ini adalah untuk memudah cara dalam membantu koperasi mengembangkan perniagaan serta meningkatkan jaringan perniagaan. 

Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk memasarkan produk secara dalam talian atau fizikal untuk pasaran domestik dan antarabangsa. 

Program ini juga dapat membantu mendapatkan sijil halal dan program pembangunan lain seperti pemerkasaan peniagaan, intervensi perniagaan koperasi dan pendigitalan koperasi.



Bagi Tabung Pendidikan Angkasa (Tapak) pula ia bertujuan memberi kemudahan untuk membina dan meningkatkan taraf pendidikan komuniti koperasi. 

Kemudahan pembiayaan pendidikan boleh ubah yang disediakan kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi dan kakitangan koperasi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah di dalam negara. 

Dana berjumlah RM500 ribu bagi membiayai program Tapak bakal memberi manfaat kepada 141 pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). - KitaReporters/Kenyataan Media

4
4
0
0
0
You will be interested