Kampus & Pendidikan 21 Dec, 2023

Video| Tahniah UPTM! Majlis konvokesyen pertama! Terus lahirkan tenaga kerja soleh, pintar, inovatif!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



UNIVERSITI Poly-Tech Malaysia sudah merealisasikan dua daripada enam nilai teras Keluarga Madani untuk meningkatan mutu hidup rakyat menerusi nilai kemampanan, mendidik warga menara gading tentang mutu hidup seimbang melalui ilmu pengetahuan dan bijak pandai menangani isu-isu tempatan.

Manakala teras kesejahteraan pula ialah melahirkan keluarga sejahtera dari segi  ekonomi, sosial, kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.

Pengerusi Lembaga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Datuk Lokman Ahmad berkata, Teras Madani itu akan menjadi pemangkin utama universiti di bawah pucuk kepimpinan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Mara Corpration dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) serta rakan strategiknya dalam melahirkan tenaga kerja yang berinovatif dan intergretifi serta berproduktiviti.



Luqman berkata demikian ketika menyampaikan ijazah dan diploma TESL di Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Mahasiswa TESL itu adalah sebahagian daripada 2,135 graduan menerima skrol pada 17 Disember, 2023. 

Beliau turut berbangga kerana UPTM berjaya melakar sejarah apabila dinaikkan taraf sebagai universiti penuh pada 6 Januari 2023 yang menjadi institusi kedua sebagai universiti penuh. Sebelum ini UPTM dikenali Kolej Universiti Poly-Tech (KUPTM).

Selain itu, beliau berkata selaras ke arah tranformasi pendidikan digital, universiti akan menaik taraf infrastruktur sebagai jaminan UPTM bakal menjadi gedung pendidikan komprensif, kontemprori dan diterima oleh semua masyarakat tanpa mengira kedudukan dan lokasi. 

"Dengan ilmu dan nilai hidup yang seimbang kita bakal melahirkan bukan saja tenaga kerja yang berdaya saing dan berinovatif malah mereka ini akan menjadi ushawan yang membangun sektor ekonomi negara dan nilai insan amnya," katanya, sambil berharap graduan akan terus menimba ilmu sepanjang hayat kerana satu proses dianmik dan pembinaan sahsiah negara.



Sebelum itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki berkata, tujuan penubuhan satu lagi universiti di bawah MARA adalah sebagai pelengkap ekosistem pendidikan tinggi MARA yang memfokuskan kepada kebitaraan perniagaan dan perakaunan. 

Pengiktirafan itu akan memacu UPTM ke arah pembangunan modal insan yang mahir dan profesional terutama dalam bidang perniagaan, perakaunan, pendidikan dan teknologi maklumat 

Seramai 2,135 graduan sulung di Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Poly-Tech Malaysia pada 16 dan 17 Disember di WTC, Kuala Lumpur. Konvokesyen ini merupakan yang pertama diadakan sejak UPTM diiktiraf sebagai universiti pada awal tahun ini. 

UPTM menawarkan program pengajian berkualiti yang mendapat permintaan tinggi dan sentiasa relevan dengan keperluan industri. 

Seramai empat graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 38 graduan penerima Ijazah Sarjana, 62 graduan penerima Diploma Pascasiswazah Pendidikan, 36 graduan penerima Pengajian Profesional, 1,038 graduan penerima Ijazah Sarjana Muda dan 957 penerima Diploma. 

Buat julung kalinya, UPTM telah menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Enam kategori anugerah lain iaitu Graduan Keluarga UPTM, Penerima Anugerah Chanselor, Graduan Staf MARA, Graduan Kembar Penerima Anugerah Presiden, Graduan Adik-Beradik Penerima Anugerah Presiden dan Penerima Anugerah Khas Ekstra-Kurikular, yang menjadikan jumlah keseluruhan yang telah menerima anugerah adalah seramai 75 graduan. 

Turut diraikan dalam majlis konvokesyen ini, empat graduan antarabangsa dari Nigeria, Filipina dan Indonesia yang telah melengkapkan pengajian mereka dalam pelbagai peringkat dan bidang pengajian. 





Sementara itu, UPTM akan terus memperkasa program profesional perakaunan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dengan menaik taraf program itu ke tahap platinum dan telah melaksanakan penambahbaikan dari segi kemudahan dan pengambilan pelajar. 

UPTM telah berjaya mencatat peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan yang drastik sehingga 90.2%, yang menjadi parameter kepada kejayaan institusi ini melahirkan graduan yang kompetitif dalam kalangan pemain industri. 

Peratusan ini termasuklah mereka yang bekerja di pelbagai sektor, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta menjadi usahawan secara fizikal mahupun dalam talian.

“Berpegang kepada moto Keusahawanan dan Pendidikan Global, MARA akan terus berusaha membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, serta melahirkan modal insan global yang berintegriti melalui sektor pendidikan. 

"MARA menawarkan pelbagai program yang memberi peluang kepada pelajar untuk menuntut ilmu serta meningkatkan kemahiran bagi mendokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, seterusnya melahirkan graduan bertaraf dunia,” kata Dr. Asyraf lagi. KitaReporters



35
23
0
25
0
You will be interested