Kampus & Pendidikan 09 Jul, 2023

Terima kasih Bank Islam Malaysia! Sumbang RM400k kepada UUM! Sempena program Temu Anwar @ Kedah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Mohd Muazzam Mohamed (tengah) serahkan replika cek RM350,000 kepada Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan disaksikan oleh Anwar Ibrahim. 

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyampaikan sumbangan RM400,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena program ‘Temu Anwar @ Kedah’ yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pada 8 Julai 2023.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd Muazzam Mohamed kepada Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mohd Muazzam Mohamed (dua dari kanan) terima cenderamata daripada Prof Dr Mohd Foad Sakdan ketika melawat Anjung Tamu, UUM.

Sumbangan sebanyak RM350,000 ialah untuk penjenamaan nama BIMB pada Inapan Siswa (Inasis) universiti ini ,manakala RM50,000 lagi ialah sumbangan untuk Zakat Pendidikan BIMB.

Mohd Muazzam yang ditemui berkata, sumbangan BIMB ini adalah bagi membantu universiti ke arah pembangunan pelajar terutama kategori pelajar B40 dan merancakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar.

“Kami berharap sumbangan ini dapat tingkatkan lagi hubungan antara bank ini dengan warga UUM dalam pelbagai cara antaranya memberikan perkhidmatan terbaik dalam urusan kewangan termasuk melibatkan diri dalam aktiviti pelajar dan universiti ini nanti,” ujarnya lagi.


Mohd Muazzam Mohamed (dua dari kiri) dibawa melawat Inapan Siswa yang akan menggunakan nama BIMB.

Antara bilik yang dilengkapkan dengan peralatan muzik untuk digunakan oleh pelajar Inasis BIMB.

Terdahulu  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB bersama rombongannya melawat Anjung Tamu, mendengar taklimat dan melawat Inapan Siswa yang akan menggunakan nama bank ini sebelum menyertai program Temu Anwar @ Kedah yang menjadi wadah kepada Perdana Menteri untuk berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat terutama golongan belia untuk mengutarakan persoalan secara langsung kepada beliau di samping menggagaskan konsep Malaysia Madani yang diketengahkan.

UUM menjadi tuan rumah dan Perdana Menteri telah menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh anak muda di Dewan Mu’adzam Shah, UUM. - KitaReporters


Program ‘Temu Anwar @ Kedah’ yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM pada 8 Julai 2023.
Antara pelajar dan belia yang memenuhi Dewan Mu'adzam Shah, UUM
Belia dan pelajar dari Kubang Pasu menghadiri program bersama Perdana Menteri.

 

16
7
0
8
0
You will be interested