
Mulai minggu hadapan (Isnin, 22 September 2025) majoriti daripada institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta telah mula mendaftar kemasukan pelajar baharu ke institusi masing-masing.
Tidak kurang juga terdapat institusi yang mulai menyediakan pelbagai khidmat kemudahan kepada para pelajar dan waris khususnya yang datang dari jauh dan terpaksa bermalam sebelum selesai proses pendaftaran dan taklimat.
Bagi waris dan keluarga yang menghatar anak mereka untuk mula sesi baharu di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, mereka tidak perlu bersusah payah ke hotel atau homestay.

Masjid Sultan Badlishah UUM, Sintok, Kedah mengalu-alukan kehadiran keluarga dan waris yang tidak mempunyai tempat penginapan untuk bermalam.
Malah khidmat CSR yang disediakan melalui Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkumi kemudahan asas seperti ruang solat, tandas, tempat berehat dan juga sarapan serta makanan ringan bagi keselesaan para tetamu.
Pusat Islam UUM juga senantiasa terbuka menerima kunjungan waris dan keluarga orang ramai dengan penuh rasa penghormatan.
Harapan Pusat Islam UUM semoga keberadaan di Masjid Sultan Badlishah akan lebih diberkati dan segala urusan pendaftaran pelajar dipermudah oleh Allah SWT.

Bagi merealisasikan kemudahan yang disediakan unit pengurusan, bahagian pengurusan masjid dan surau Islam, maka Pusat Islam UUM boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kemudahan tersebut.
Mereka boleh menghubungi Ustaz Mohd Firdaus melalui telefon nombor 0195758942 atau Ustaz Mohd Jazlan melalui nombor telefon 0149010721. - KitaReporters