Kampus & Pendidikan 16 May, 2021

Berita Terkini| Mahasiswa Malaysia johan pidato umum antarabangsa ESU! Kalahkan 35 peserta lain!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Pavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada 14 Mei 2021. - Kredit foto: Bernama


Oleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI


MAHASISWA Malaysia, Pavit Coran dipilih sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Coran, yang merupakan mahasiswa Universiti Multimedia Malaysia (MMU) kampus Melaka mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.

Dalam pidato selama lima minit itu, Coran berkenaan mengulas tentang peningkatan jumlah mereka yang mengalami kemurungan di seluruh dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu tersebut.

Pavit turut mengesa tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah itu berkata, terkejut dengan kemenangan itu dan berjaya mengalahkan peserta lain.

“Saya amat gembira, bersyukur kerana tidak percaya dapat mengalahkan begitu ramai peserta dan muncul juara.

“Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ESUM pada Ahad, 16 Mei 2021.

Remaja berusia 19 tahun itu menyifatkan keseluruhan proses sebagai menarik kerana dapat bertemu ramai peserta dari negara berbeza tanpa perlu meninggalkan rumahnya serta mendengar pembentangan tema yang sama daripada peserta lain.

Kemenangan ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan selepas Marina Tan pada 2011.

Sementara itu, Pengerusi ESUM Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Ja'afar yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit dan menyifatkan beliau berhak memperoleh kejayaan berkenaan.

“Anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia,”katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested