Menara Gading 26 Jan, 2022

Tahniah MPPUUM sesi 2021/2022! Terima watikah pelantikan daripada NC UUM! Jaga reputasi universiti!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah (tengah) bersama barisan MPPUUM sesi 2021/2022.

GAMBAR: Abdul Halim Husain 


SERAMAI 41 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) sesi 2021/2022 telah menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Naib Canselor yang baharu, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Bilik Mesyuarat Senat pada 25 Janurai 2022.

Dalam ucapannya, Naib Canselor berkata, kematangan mengamalkan politik kampus pada 16 Disember 2021 lalu dilihat proses pengundian dan pelaksanaan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang permasalahan besar.

“Perlu diingat pemilihan sebagai MPPUUM bukanlah semata-mata kejayaan populariti sebaliknya ia merupakan satu pemberian amanah iaitu kejayaan yang diiringi tanggungjawab besar untuk digalas nanti

“Tahniah kepada barisan MPPUUM yang terpilih melalui pilihan raya kampus yang berlangsung secara dalam talian sepenuhnya buat kali kedua akibat pandemik COVID-19,” ujar beliau lagi.


Lagi kisah menarik berkaitan UUM


Prof Dr Haim Hilman (kiri) berucap kepada MPPUUM.

Prof Dr Haim Hilman berkata, akibat pandemik COVID-19 semua pihak menerima kesan untuk mengubah cara berfikir dan bertindak oleh itu beliau mengesa sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh pelajar supaya berhati-hati dengan tindakan yang akan  diambil nanti termasuk menjaga reputasi universiti.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang dipilih kita bukan sahaja perlu merancang tetapi hendaklah bijak dalam melaksanakan apa yang dirancang nanti agar memuaskan hati pengikut kita.

Katanya, dalam zaman keterbukaan ini, UUM sangat mengalu-alukan penglibatan pelajar dalam membuat keputusan secara bersama termasuk penglibatan MPPUUM dalam Mesyuarat Senat dan mesyuarat-mesyuarat lain yang memerlukan pandangan dan penglibatan pelajar.


Barisan Pengurusan universiti dari kiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah dan Pendaftar Ahmad Rashidi Abdullah.

MPPUUM bersama NC, TNC HEPA dan Pendaftar bergambar selepas majlis watikah pelantikan.


Beliau juga mengingatkan barisan MPP yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ledakan media sosial supaya bijak bertindak dalam mengeluarkan sebarang pandangan nanti.

Katanya, pengurusan universiti akan terus mencari kaedah-kaedah dan jalan terbaik untuk memastikan pengurusan pelajar tetap terjamin.

“Saya yakin dan percaya kesefahaman antara pelajar dan universiti akan melahirkan strategi yang terbaik untuk kelangsungan universiti sekiranya kita saling menghormati kerana Pengurusan universiti dan pemimpin pelajar berpisah tiada.

“Moga hubungan MPPUUM dan pengurusan dijalin dengan penuh kehormatan, saling memahami dan bekerjasama,” katanya.

MPP 2021/2022 menyaksikan Muhammad A’Linur Ahlam Abu Bakar mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua dan telah mengetuai bacaan lafaz ikrar yang turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah. - KitaReporters


Muhammad A'Linur Ahlam Abu Bakar (dua dari kanan) menerima watikah pelantikan sebagai YDP. 

16
9
0
15
0
You will be interested

Majukan lagi Pelancongan Islam! USIM, ITC meterai MoU! Bangunkan bakat, pengetahuan, pengurusan!

USIM meterai MoU bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi bangunkan bakat, perluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang Pelancongan Islam di Malaysia

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin muncul Johan, Naib Johan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 4 hours ago

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dilantik gantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 5 hours ago

UPM nak perkenal rock melon varieti sendiri! Hasil baik Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor!

Fakulti Pertanian UPM dapat tuaian baik daripada penanaman 620 pokok rock melon (cantaloupe atau tembikai wangi) bagi Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 1 day ago

Keluarga Malaysia pupuk budi pekerti mulia! Terima kasih FPSK UPM! Aktif kerja amal kebajikan!

FPSK UPM terus gigih dalam laksanakan aktiviti CSR bagi hulur bantuan, khidmat bakti sukarela kepada pusat jagaan warga emas, keluarga asnaf, rumah anak yatim
Rosdi Ismail in Menara Gading 2 days ago