Kampus & Pendidikan 20 Oct, 2022

USIM lahirkan ramai pakar pengajian Islam! Generasi muda pintar teknologi, celik al-Quran dan sunah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) di USIM, Nilai.



GRADUAN dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) paling ramai iaitu 531 orang akan diraikan dalam Majlis Konvoksyen Ke-20 Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 13, 14 dan 15 Disember 2022, kata Naib Canselornya, Prof. Ts Dr Sharifudin Md Shaarani.

Mereka yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda itu termasuk dalam senarai 3,096 graduan yang terbabit dalam pelbagai bidang pengajian

Daripada jumlah itu, 2,619 orang yang menerima ijazah Sarjana Muda, Sarjana (400 orang) dan 77 Diploma Siswazah bagi tahun 2020 dan 2021 akan mencatatkan satu lagi sejarah kegemilangan konvokesyen universiti yang kali ini, bertemakan "Graduan Cemerlang USIM Disayang".


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM

Prof Ts Dr Sharifudin Md Shaarani(dua kiri) menunjukkan paparan majlis konvokesyen yang akan berlangsung.


Prof Ts Dr Sharifudin berkata demikian dalam sidang akhbar kepada wartawan selepas Majlis Bersama Media-USIM pada 14 Oktober 2022 lalu.

"USIM juga berbangga kerana daripada jumlah 400 siswazah terdiri daripada 103 Doktor Falsafah, 89 pemegang Sarjana dan 208 orang Diploma Siswazah.

"Manakala dua penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Alam Bina adalah Dato' Ar Hajeedar Abdul Majid dan Jalaluddin Hassanuddin dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menerima watikah Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah," katanya.

Dua orang lagi turut menerima Profesor Emerita (Emiritus) iaitu Prof Dr Hayati Abd Rahman dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan manakala Prof Dato' Dr Roshada Hashim dari Fakulti Sains dan Teknologi



Dalam satu dokumen khas mengenai FPQS, peluang berkelayakan ditawarkan bidang Pengajian Quran dan Sunnah yang mendedahkan mereka dengan ilmu kontemporari dan tradisional dalam menangani isu-isu yang timbul menggunakan pendekatan dalil dalam Quran dan Sunnah

Tempoh pengajian selama 4 tahun itu bakal melahirkan graduan yang mahir al-Quran dan sunah untuk meningkatkan tahap profesional dalam dunia pekerjaan.

Selain itu, USIM juga menawarkan pengajian dalam bidang Pengajian Al-Quran dalam Multimedia, berwawasan melahirkan lulusan yang bukan saja cekap dalam bidang agama itu malah boleh pula mengaplikasikan menggunakan kemudahan multimedia. 

Subjek Multimedia ditawarkan sebagai kursus minor yang bakal menyaksikan lepasan USIM mampu bekerja atau pun mengasaskan peniagaan kerana mereka dilatih dengan cekap dalam bidang berkenaan termasuk membina laman sesawang dan semua ilmu teknologi canggih era terkini.

Satu lagi kursus di fakulti itu adalah Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat yang menitikberatkan kepada pendidikan tentang hadis dan sirah bertujuan melahirkan modal insan yang terkehadapan dalam bidang teknologi maklumat dan pengurusan sumber ilmu.

Bagi pelajar lepasan tahfiz yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pula, USIM baru saja memperkenalkan kursus terbaharu yang dikenali sebagai Pengajian Qiraat. Pelajar perlu memiliki sijil dari pusat tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan dan mereka akan menduduki ujian membaca 30 juzuk al-Quran.


Antara petugas media yang hadir. - Kredit foto: e-Gallery USIM


Pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Quran dan menghafalnya. 

Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ia secara langsung membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah. Dengan itu, ilmu tersebut kita akan dapat merasai mukjizat al-Quran dari segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami dalam bahasa Arab yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi sasterawan-sasterawan Arab ketika itu dan pada masa kini.

Ilmu qiraat merupakan asas-asas yang terlalu penting bagi ulama’ terdahulu di dalam kajian dan penyelidikan mereka untuk memahami al-Quran. 

Pada masa kini, ilmu al-Quran dan qiraat sudah mula diminati masyarakat Islam, yang pada mulanya kurang diminati kerana mereka menyangka ia tidak memberi hasil yang lumayan dan jarang diketengahkan. 

Mengikut sejarah perkembangan ilmu al-Quran dan kemasukan ilmu qiraat ke Malaysia telah berlaku pada awal 70-an. Kemasukan ilmu ini telah dibawa oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Mekah al-Mukarramah. 

Tidak dinafikan bahawa sebelum itu telah wujud ilmu qiraat di Malaysia, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja bukan secara meluas. Sehingga sesiapa yang membaca qiraat ketika itu dianggap salah kerana orang ramai tidak ada pendedahan dan motivasi mengenai ilmu qiraat. KitaReporters


Sebahagian media yang diraikan USIM. - Kredit foto: e-Gallery USIM

14
16
0
8
0
You will be interested