Kampus & Pendidikan 14 Feb, 2024

Pelajar dari 11 negara pilih KUIPs! Sesi pengajian bagi pengambilan Feb 2024! 200 pelajar mendaftar!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this


Pelajar tempatan yang mendaftar di KUIPs.

Pelajar dari 11 negara memilih Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk sesi pengajian bagi pengambilan Februari 2024.

Timbalan Rektor Akademik, Prof Madya Dr Abdul Basir Awang berkata, pelajar-pelajar ini adalah dari Indonesia, Yaman, Thailand, Kemboja, Mali, Myanmar, Afghanistan, Nigeria, Arab Saudi, Chad dan Cameron. 

“Kesemua pelajar antarabangsa dan tempatan lebih kurang 200 orang untuk sesi pengajian ini akan menjalani suai kenal sepanjang minggu ini sebelum memulakan sesi pengajian mereka nanti,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis taklimat bersama waris dan pelajar di kampus Kuala Perlis. 


Pelajar antarabangsa sedang menyediakan dokumen pendaftaran.

Prof Madya Dr Abdul Basir Awang dalam sesi bersama waris.


Dalam pada itu beliau turut bertemu dengan pelajar dari Taiping, Yusuf Omar yang turut mendaftar pada sesi pengajian Februari 2024 ini.

Yusuf yang sepatutnya mendaftar pada sesi 2023 tidak dapat mendaftar di KUIPs kerana terlibat dalam kecelakaan jalan raya pada tahun lalu (2023). Beliau terlantar di Hospital Taiping akibat kecederaan ketika dalam perjalanan ke universiti ini pada September 2023.

Kini setelah sihat anak keempat daripada lima beradik ini bersama abangnya, Luqman Omar, 26, turut bersama pelajar tempatan dan antarabangsa lain untuk mendaftar sebagai pelajar baharu.

Kedua-dua pelajar ini menyambung pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Saya gembira kerana pada pendaftaran kali ini bukan sahaja saya diterima sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam universiti ini malah abang saya Luqman turut mendaftar sebagai pelajar baru dengan saya,” ujar Yusuf ketika ditemui selepas sesi bersama waris sempena pendaftaran pelajar baharu sesi Februari 2024. - KitaReporters/KUIPs


Prof Madya Dr Abdul Basir Awang berbual dengan Luqman Omar (tiga dari kiri)) dan adiknya Yusuf (dua dari kiri).


Pengurusan KUIPs bersama waris dan pelajar baharu selepas sesi taklimat. 

12
8
0
12
0
You will be interested