Kampus & Pendidikan 08 Jun, 2023

Terbaiklah Yusuf Taiyoob! Sumbang dana RM280k sebagai biasiswa pendidikan! Untuk 10 pelajar UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Yusuf Taiyoob (tengah) berbual dengan pelajar-pelajar yang menerima biasiswa itu.

Seramai 10 orang pelajar masing-masing dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Biasiswa Pendidikan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. dengan dana keseluruhan sebanyak RM280,000 pada 8 Jun 2023.

Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sebanyak RM7000 setahun atau RM28,000 sepanjang empat tahun tempoh pengajian untuk setiap pelajar itu. 


Replika cek bernilai RM280,000 sumbangan Biasiswa Pendidikan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.

Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima biasiswa ini.

Katanya, keprihatinan dan sokongan daripada Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd ini diharap dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan menggunakan pembiayaan ini untuk pengajian mereka nanti.

“Moga pembiayaan yang disalurkan hari ini akan memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar dalam meningkat potensi diri dan memperkasakan modal insan negara kelak,” sambung beliau lagi.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan mengalu-alukan sumbangan biasiswa kepada pelajar UUM.

Prof Dr Mohd Foad juga merakamkan penghargaan kepada Yusuf Taiyoob Sdn Bhd yang menaja biasiswa kepada pelajar di universiti ini dengan harapan pelaburan yang dibuat ini akan dapat merealisasikan aspirasi Malaysia negara maju dan pendapatan tinggi menjelang 2030 dengan penyertaan dan sokongan daripada syarikat-syarikat swasta di negara ini.

Moga lebih ramai lagi syarikat yang akan tampil dan membantu pelajar dalam bidang pendidikan dan memacu kecemerlangan universiti pengurusan terkemuka ini.


Antara pelajar yang menerima biasiswa di majlis itu.

Sementara itu Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, berkata, penyertaan syarikatnya ini diharap dapat membantu usaha memperkasa modal insan yang merupakan agenda utama negara.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk berganding bahu secara bersama terutama UUM, agensi kerajaan dan sebagainya bagi menyokong dasar yang dapat memperkasa sektor pendidikan negara,” ujarnya yang juga Profesor Adjung SEFB.

Beliau juga berharap biasiswa yang diberikan ini bukan sahaja kepada mereka yang cemerlang dalam akademik tetapi juga aktif dalam kegiatan yang melibatkan masyarakat sama ada di dalam atau luar universiti.

Turut hadir di majlis ini ialah isteri Yusuf, Datin Seri Yusnita Ramli dan Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hassan Basri. - KitaReporters


Yusuf Taiyoob ketika berucap pada majlis itu.

10 pelajar yang menerima biasiswa bergambar selepas majlis itu.

12
9
0
14
0
You will be interested