Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menyempurnakan program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping pada 3 Ogos 2024 lalu.
Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis (Sektor Pengurusan Sekolah) Hamidi Saad.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama pemain pasukan bola sepak sempena program Semarak Merdeka Madani 2024.
Baginda juga perkenan untuk beramah mesra dan bergambar dengan pasukan bola sepak yang menyertai kejohanan sempena program yang dianjurkan oleh KUIPs dengan kerjasama Penglibatan Ibu Bapa dan Sektor Swasta (PIBKS), Encorp Berhad dan Perak Transit Berhad.
Program dua hari yang bermula pada 3 dan 4 Ogos 2024 ini juga diserikan dengan aktiviti fun walk, pertandingan deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, ceramah merdeka, pertandingan gambar Merdeka Madani, sukaneka, penyampaian Bakul Kasih KUIPs dan beberapa aktiviti menarik lain.
Sementara itu penduduk yang hadir dalam program ini berharap program seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun. - KitaReporters
Reswan Ramli (kanan sekali) hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan.
Dr Muhamad Rozaimi (kanan sekali) menyampaikan sumbangan Bakul Kasih KUIPs kepada penduduk.