Unit Pengajian Am, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menganjurkan Karnival Keusahawanan Sosial dan Khidmat Ummah (KKSDKU) pada 20 Mei 2023 nanti.
Pengarah Programnya Zamir Yusuf Badrishah berkata, karnival julung kali ini yang akan berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis akan membabitkan pelajar dan masyarakat sekitar.
Katanya, melalui program ini nanti mereka akan mempelajari dan mendapat pengalaman dalam aspek menguruskan program meliputi perancangan, mengatur strategi, melaksana dan menilainya selepas program itu diadakan.
“Kami menjangkakan lebih 500 penyertaan terdiri dari warga KUIPs, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan atau Perlis secara amnya,” sambungnya lagi.
Antara aktiviti karnival yang akan dijalankan sepanjang 7.30 pagi hingga 10.00 malam itu adalah larian Keluarga Malaysia, pameran, booth jualan produk barangan, program derma darah, pemeriksaan kesihatan, aktiviti melibatkan pelajar sekolah, aktiviti keseniaan islam dan khidmat masyarakat.
Bagi mereka yang ingin menyewa booth dan menyertai karnival ini boleh menghubungi urusetia program di talian 011-6215 8185 (Zamir Yusuf), 019-251 8960 (Muhammad Alif dan 017-9237479 (Nur Farahiyah) untuk keterangan lanjut. - KitaReporters