Kampus & Pendidikan 30 Mar, 2023

Terima kasih Perkeso! Setuju taja Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Majlis Konvokesyen UUM!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kiri) bersama delegasi dari UUM.


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju menaja Anugerah Kecemerlangan Akademik Perkeso kepada pelajar cemerlang sempena konvokesyen UUM 2023 ini.

Ketua Eksekutif, Perkeso, Dato’ Seri Dr Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed bersetuju untuk memberikan penganugerahan ini kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sahsiah dan kepimpinan nanti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan agensi Perkeso

Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

"Saya yakin usaha pihak pengurusan universiti ini untuk mendapatkan penajaan ini adalah bagi memberi penghargaan kepada pencapaian akademik pelajar di kampus ini,” katanya sempena kunjungan hormat delegasi UUM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Shahimi Mohtar bersama delegasinya ke Menara Perkeso. 

Dalam pertemuan ini, Shahimi turut menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak UUM kepada Ketua Eksekutif Perkeso ini di atas penganugerahan AACSB Influential Leader. Beliau adalah antara 25 pemimpin masyarakat dunia yang berpengaruh dalam bidang pendidikan perniagaan terbesar di dunia. 


Prof Dr Shahimi Mohtar.

“Pastinya kejayaan ini menjadi kebanggaan alumni perniagaan UUM sekali gus menjadi inspirasi dan model untuk kolej perniagaan universiti kita,” kata Shahimi lagi. 

UUM berharap kejayaan Perkeso di bawah kepimpinan Mohammed Azman yang telah memperkenal pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada pekerja, majikan dan masyarakat di Malaysia ini akan terus dapat meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat negara ini.


Delegasi dari UUM.

Sempena kunjungan ini beberapa perbincangan dan persetujuan juga dicapai bagi mempertingkat kerjasaman dua hala antara UUM dan Perkeso untuk kepentingan bersama. 

Antara perbincangan lain ialah jemputan untuk menyampaikan sesi syarahan umum kepada pelajar UUM, penawaran Akademik Pascasiswazah, Sijil Eksekutif dan ruang kerjasama penyelidikan antara UUM dan Perkeso. - KitaReporters/UUM 



Delegasi UUM bergambar kenangan pada majlis itu.
15
10
0
21
0
You will be interested