Kampus & Pendidikan 27 Nov, 2020

Usaha UUM! 230 pelajar Kedah, Perlis sertai teknik jawab SPM

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

SERAMAI 230 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari lima buah Sekolah Menengah di negeri Kedah dan Perlis sertai teknik menjawab peperiksaan secara maya (virtual) anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). : KitaReporters


Pelajar SPM SMK Pulau Nyior yang menyertai teknik menjawab SPM.


Lagi cerita-cerita berkaitan sekolah menengah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah+menengah


Pengarah PBS, Asmawiza Hussin berkata, program pada 20 November dan 21 November 2020 yang dijalankan secara online dan julung kali dianjurkan itu diadakan bagi membantu calon SPM sesi 2020.

Katanya, ramai ibu bapa, pelajar dan guru melahirkan kebimbangan kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara ini mengakibatkan sekolah ditutup dan program secara bersemuka sukar dijalankan. 


Guru dan krew yang melaksanakan kelas secara online melalui Google Meet. 


Guru Bahasa Inggeris yang membimbing pelajar SPM. 


"Kami mengambil pendekatan ini dengan kerjasama dari KPM untuk membantu pelajar dari lima buah sekolah di Kedah dan Perlis sebagai inisiatif bagi membantu mereka yang ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)," ujar Asmawiza ketika ditemui.

"Harapan kami projek ini akan dijadikan sebagai program tahunan dan mungkin memperluaskan kepada pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)," tambahnya. 


Pelajar SMK Syed Saffi, Perlis memberi tumpuan semasa subjek Bahasa Melayu.


Pelajar sekolah dari negeri Kedah yang terpilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior, SMK Seri Mahawangsa dan SMK Mahsuri. Manakala pelajar dari negeri Perlis ialah SMK Syed Sirajuddin dan SMK Syed Saffi.

Sepanjang dua hari program ini dijalankan pelajar diberi bimbingan oleh guru-guru pakar dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.


Pelajar SMK Syed Sirajuddin Perlis


Dalam pada itu, Amzan Abd Malek dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM berharap calon SPM yang menyertai program ini telah mendapat bimbingan dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

"Kita hanya dapat merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya, oleh itu saya berharap calon SPM akan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan meneruskan usaha agar dapat menduduki peperiksaan SPM sesi 2020 nanti," ujarnya lagi.

Beliau berharap jalinan kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti UUM ini dapat membantu calon SPM kelak. 


Pelajar SMK Seri Mahawangsa yang menyertai teknik menjawab.


Manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali pula yakin program kecemerlangan seperti ini akan memberi nilai tambah dan semangat kepada ibu bapa, pelajar dan guru dengan pembabitan UUM ini.

"Kami di HEP sentiasa merealisasikan hasrat Naib Canselor Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abd Ghani supaya membantu masyarakat dan institusi pendidikan sekitar kampus ini," katanya ketika melancarkan program ini. - KitaReporters 


Pelajar memberi tumpuan kepada guru yang mengajar secara online.

3
0
0
0
0
You will be interested