Kampus & Pendidikan 07 Dec, 2020

Pek kesihatan konsul Indonesia! Untuk para pelajarnya di UUM

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani menyerahkan Pek Kesihatan yang disumbangkan oleh Konsulat Besar Republik Indonesia di Pulau Pinang pada 5 Disember 2020. Sumbangan barangan pek kesihatan itu diserahkan kepada wakil pelajar Indonesia di UUM ketika Perjumpaan Santai Bersama Pelajar Indonesia di Tradewinds Lounge Inapan Siswa (INASIS) Prowins UUM. : KitaReporters


Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani (tiga dari kanan) menyerahkan Pek Kesihatan kepada wakil pelajar UUM dari Indonesia. 


Lagi cerita-cerita berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Ketika ini lebih 46 pelajar daripada 675 pelajar dari negara itu berada di kampus Sintok ini untuk mengikuti pengajian mereka. 

Sehubungan itu, Dr. Ahmad Bashawir berharap semua pelajar yang berada di universiti ini sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan mereka terutama ketika Pandemik Koronavirus (COVID-19).


NC UUM Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani.


"Jagalah kesihatan diri, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), jangan keluar jika tiada urusan penting," ujar beliau lagi.

Walaupun COVID-19 memberi kesan terhadap ekonomi dunia dan negara, namun dalam aspek pendidikan UUM tetap menjadi pilihan ramai pelajar Indonesia untuk menyambung pengajian mereka di kampus ini dalam bidang Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

UUM menjadi pilihan kerana meraih pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk kedudukan dalam ranking dunia dan Asia. 


Para pelajar Indonesia turut menerima sumbangan pelitup muka.


"Kita menawarkan program akademik yang berkualiti, selain pelbagai kemudahan untuk pelajar serta kebajikan mereka juga diberi keutamaan," kata Dr. Ahmad Bashawir lagi.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali; Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin; Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Adi Azhar Abdul Razak; Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Badariah Din dan Pengetua-Pengetua INASIS. - KitaReporters 


Majlis Santai Bersama Naib Canselor UUM di Inasis Prowins UUM.

2
0
0
1
0
You will be interested