Kampus & Pendidikan 02 Sep, 2023

Hari bersejarah! KUIPS sertai perarakan Hari Kebangsaan peringkat Perlis! Di Mini Putrajaya Perlis!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: [email protected]

Share this

Kontinjen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) seramai 35 orang adalah antara 59 kontinjen yang mengambil bahagian.

Kontinjen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) seramai 35 orang adalah antara 59 kontinjen yang mengambil bahagian pada acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Perlis yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada malam 30 Ogos 2023.

Kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-66 ini disertai oleh kontinjen-kontinjen yang melibatkan kakitangan awam, swasta, Institusi Pengajian Awam (IPTA), sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO).



Prof Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Kira-kira lebih 20,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan yang buat julung kali diadakan di Mini Putrajaya Perlis itu.

Sambutan berkenaan telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama memeriahkan sambutan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, barisan exco kerajaan negeri dan Rektor KUIPs, Prof Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.


Antara aksi yang dipamerkan dalam perarakkan hari kebangsaan di negeri Perlis.
Perarakkan membawa bendera memeriahkan acara sambutan.

Pengunjung yang hadir turut disajikan dengan persembahan kebudayaan seni bela diri dari Jabatan Belia dan Sukan serta tarian perang oleh anggota Batalion Ketiga dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sebagai kelainan, buat julung kali pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan cahaya dron, serta perarakan berkuda yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pembangunan) Rusdi Yahya yang mengibarkan Jalur Gemilang. - KitaReporters/KUIPs 


Pasukan berkuda turut menyertai perarakkan itu.
Pasukan KUIPs bergambar kenangan selepas perarakan.

13
12
0
16
0
You will be interested